Home » , » 'Paru-paru bengkak & berair' - Lelaki maut selepas ambil suntikan besarkan bontot

'Paru-paru bengkak & berair' - Lelaki maut selepas ambil suntikan besarkan bontot

shamsulazlan | 07:22 | 0 comments


Seorang lelaki maut selepas mendapatkan perkhidmatan membesarkan otot punggung dan mayatnya ditemui di bilik sebuah hotel di Teluk Intan, semalam.


Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan mendapati mangsa datang ke hotel tersebut dengan rakannya. Mangsa kemudian bertemu dengan seorang peniaga kosmetik dari Melaka pada jam 10 pagi hari yang sama untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan bayaran RM500 bagi satu suntikan. 


Selesai mendapatkan suntikan tersebut pada jam 12 tengah hari, mangsa yang dikatakan berperwatakan lembut itu meminta izin untuk berehat dalam bilik kerana kepenatan sambil ditemani rakannya, manakala wanita berkenaan pula keluar hotel untuk pulang ke Melaka. 


Kira-kira jam 3 petang, mangsa dikatakan tidak bernafas dan bergerak. Wanita itu kembali semula ke hotel untuk memeriksa keadaan mangsa. 


Pegawai kesihatan yang hadir di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat. Setakat ini pihak hospital tidak dapat memastikan punca kematian mangsa sama ada disebabkan suntikan yang diambil atau sebaliknya. 


Hasil laporan awal bedah siasat mendapati, mangsa meninggal dunia disebabkan paru-paru bengkak dan berair. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3rREnVp
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger