Tular di media sosial beberapa gambar tangkap layar yang menunjukkan seorang lelaki menetap di Johor Bahru didakwa melakukan gangguan seksual melalui aplikasi Instagram terhadap rakannya yang juga merupakan isteri orang.
Berdasarkan perbualan tersebut, lelaki terbabit berkata, "Lepas ada anak makin seksi ea, makin geram aku tengok badan kau. Kalau jadi bini aku, setiap malam aku b***l kau puas-puas doh".
Wanita berkenaan dipercayai memaklumkan insiden itu kepada suaminya yang kemudian terus menegur perbuatan lelaki terbabit. Bagaimanapun dibalas dengar kasar.
"Ehh brader, otak ada ni dalam kepala otak. Kalau nak aku pecahkan kepala otak kau, keluarkan otak tunjuk dekat kau apa itu otak pun, boleh juga. Bukan apa, nak tengok otak kau ada function atau tak ada sebab tak kenal orang, main pakai langgar. Asal mat, kau ada masalah ke? Aku ada kat Pasir Gudang sini, apa-apa roger," mesej dari lelaki itu.
"Lu agak-agak la brader. Bini orang kot? Cuba adik lu gua buat macam tu, lu suka tak? Lu dah buat taik, lu nak sekolahkan gua pulak? Nak tunggu muka lu viral, apa lu baru diam? Lu ingat guat ni adik-adik lu ke apa? Gua cakap slow lagi ni," balas si suami.
Masih tidak berpuas hati, mesej tersebut dibalas dengan menyatakan bahawa dia lebih mengenali wanita berkenaan sebelum berkahwin dan menjelaskan dia hanya sekadar mengusik.
"Sebelum jadi lu punya bini, itu perempuan gua sudah kawan tau. Gua usik pakai ayat, bukan pakai jari tau abang brader. Gua cabik telinga kiri, gua golek bintang 7, gua abang, gua sudah naik, lu siapa?!" katanya.
Tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu dan tidak beberapa lama kemudian, segala gambar akaun media sosial termasuk nombor telefon lelaki terbabit tersebar di media sosial. Individu yang memuat naik gambar-gambar tersebut meminta orang ramai mencari lelaki berkenaan yang didakwa telah meruntuhkan rumah tangga orang.
"Tolong cari ini orang sampai dapat, meruntuhkan rumah tangga orang. Kacau bini orang ni, memalukan keturunan," kata pemilik Facebook yang menggunakan nama, Bang Mekanik.
Sumber: Facebook Bang Mekanik
from The Reporter https://ift.tt/3tGL3IG
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment