Home » , » Ramai yang tak sedar, ini tabiat makan yang boleh menyebabkan diabetes

Ramai yang tak sedar, ini tabiat makan yang boleh menyebabkan diabetes

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments


Penyakit diabetes tidak mengenal usia dan kebiasaan penyakit ini dihidapi seseorang kerana faktor genetik atau keturunan. Tetapi perlu diingatkan bahawa pencetus terbesar diabetes juga disebabkan amalan gaya hidup hingga ke tabiat pemakanan. 


Diabetes berlaku apabila badan tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi. Hal ini menyebabkan paras gula di dalam darah menjadi tinggi. 


Selain kerap makan makanan manis, diabetes juga boleh terjadi disebabkan tabiat pemakanan. Tetapi hal ini jarang disedari dan berikut adalah tabiat pemakanan yang menyebabkan diabetes. 



MAKAN LEWAT MALAM


Segelintir orang mungkin menghindari makan lewat malam kerana mahu berdiet. Tetapi kebanyakan orang tidak menyedari bahawa makan lewat malam boleh menyebabkan diabetes. 


Makan lewat malam boleh menyebabkan kadar glukosa dalam darah meningkat lebih dari kebiasannya di waktu pagi. Kadar glukosa boleh mencapai paras lebih dari 80-130 mg. 


Sekiranya berada dalam situasi yang memerlukan anda untuk makan, berusahalah untuk tidak makan dalam jumlah yang banyak dan tidak mengambil makanan yang mengandungi banyak gula. Sebagai ganti, anda mungkin boleh makan buah-buahan. 



TERLALU KERAP MAKAN MAKANAN RINGAN DIPERBUAT DARIPADA TEPUNG GANDUM


Makanan ringan yang diperbuat daripada tepung gandum adalah seperti roti, pasta, biskut dan yang sewaktu dengannya. Berdasarkan penelitian, makanan berasaskan tepung gandum ini boleh meningkatkan ketahanan insulin. 


Kandungan gula dalam makanan ini sangat tinggi dan tidak elok jika diambil terlalu kerap. 


LEWAT BERSARAPAN PAGI


Melewatkan sarapan juga boleh menyebabkan diabetes, berdasarkan kajian yang diterbitkan pada tahun 2019 di The Journal of Nutrition.


Memetik dari laman Diabetes Self-Management, tabiat bersarapan boleh mengekalkan paras gula normal. Wanita yang tidak mengambil sarapan pagi mempunyai kadar insulin dan gula dalam darah yang lebih tinggi selepas makan tengah hari. 


Sarapan boleh membantu menjadikan gula dalam darah lebih stabil, baik pada penghidap diabetes dan bukan penghidap diabetes. 


TIDUR SELEPAS MAKAN


Tidur selepas makan boleh mendatangkan risiko menghidap diabetes. Tabiat itu juga boleh menyebabkan pengumpulan lemak yang boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan diri. Semakin tinggi lemak, lama-kelamaan ia akan menjadi rintangan insulin dan seterusnya diabetes. Perlu diingatkan, semasa tidur badan anda akan menghasilkan gula. 



from The Reporter https://ift.tt/3o0KvJX
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger