"Moreh burger malam ni meh," demikian kapsyen pengacara Neelofa pada gambar burger yang dimuat naiknya di Instastory hari ini yang mengundang banyak spekulasi.
Ada netizen yang mendakwa, Neelofa sengaja memuat naik gambar itu untuk memerli peniaga burger berkenaan, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, yang baru-baru ini dikenakan kompaun RM50,000 kerana beroperasi melebihi had waktu yang ditetapkan ketika tempoh PKP.
Bagaimanapun, ramai yang salah faham dan Neelofa tampil memberi penjelasan mengenai tujuan memuat naik gambar tersebut sebelum memadamkannya bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh.
"Ya Allah, ramainya salah anggap dan bersangka tidak baik. Sebelum saya muat naik gambar itu, peguam saya dah menghubungi abang burger itu dan kami juga menghubungi pihak polis untuk bertanyakan mengenai maklumat tentang kompaun dia sebab saya minta untuk bantu selesaikan bayarannya dengan izin Allah," jelasnya ringkas.
Sebelum itu, Norlaili Shafien, isteri kepada Wan Mohd Faisal dalam laporan media ada memaklumkan dia menerima banyak panggilan dari pelbagai pihak yang menawarkan diri untuk membantunya membayar kompaun tersebut sejak status yang dimuat naik di Facebook viral.
"Saya dan suami bersyukur kerana viral itu menyebabkan ramai pihak mahu membantu kami termasuk mahu menyediakan khidmat peguam.
"Bagaimanapun, saya dan suami tidak mahu mengambil sebarang bantuan kewangan sebelum kami mengetahui jumlah kompaun yang perlu dibayar. Rayuan kami akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.
Terdahulu, Neelofa, suami dan keluarganya dikenakan kompaun RM60,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menganjurkan majlis pernikahan dan merentas negeri di Langkawi.
Pasangan selebriti itu menerima denda RM60,000 tersebut dengan hati terbuka dan menjadikan ia sebagai pengajaran agar tidak memandang ringan SOP yang ditetapkan kerajaan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3dXffqG
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment