Tidak dinafikan ada segelintir anggota yang terbabit dalam kes dadah dan sekali gus mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam sidang media Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, berkata, dari tempoh Januari 2021 hingga kini sebanyak 30 kertas siasatan telah dibuka yang membabitkan anggotanya.
"3 melibatkan kes rasuah pegawai dan anggota polis, 10 kes penyalahgunaan dadah, 14 kes jenayah dan 3 kes komersial.
"Setakat tahun ini, 59 orang (berbanding tahun 2020 hanya 31 orang) telah dikenakan tindakan tatatertib, melibatkan 4 pegawai dan 55 anggota. Selain itu, 11 orang telah digantung kerja (tahun 2020, 15 orang).
"Dan buang kerja setakat ini 8 orang dan inshaAllah dalam minggu depan kita akan tambah lagi 12. Jadi mungkin 20 orang yang kita akan buang kerja. Tahun lepas, 46 orang yang kita telah buang kerja (atas pelbagai kesalahan jenayah dan salah laku).
"Bukanlah satu kebanggaan apabila saya mengatakan tindakan buang kerja di Johor ini paling tinggi. Tahun lepas 46, tahun ini dekat 20. Bukan satu kebanggaan, tetapi saya nak kongsi ini merupakan ketegasan dan kita tidak akan berkompromi.
"Bagi saya, mereka ini tidak perlu diberi peluang kedua pun. Banyak sangat kes-kes dadah yang melibatkan anggota polis. Kalau ditangkap dan didapati positif, kita akan buang.
"Kita akan buang, kita akan gunakan kaedah yang paling cepat. Banyak lagi orang lain yang nak masuk jadi polis. Orang nak minta kerja, banyak. Yang ada, yang tak guna ini kita buang cepat.
"(Yang bermasalah) jangan ditinggalkan dalam pasukan, yang boleh menjadi barah, kanser ini," katanya.
Sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook Polis Johor itu juga ditonton oleh netizen yang rata-rata memuji ketegasan Datuk Ayob dala memartabatkan kembali PDRM Johor.
Sumber: FB Polis Johor
from The Reporter https://ift.tt/3e5MYxb
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment