Home » , » 'Suspek hanya nak puaskan nafsu' - Guru Agama ditahan polis kerana lakukan perbuatan tidak bermoral terhadap 6 pelajarnya

'Suspek hanya nak puaskan nafsu' - Guru Agama ditahan polis kerana lakukan perbuatan tidak bermoral terhadap 6 pelajarnya

shamsulazlan | 00:24 | 0 comments


Unit Siasatan Jenayah (USJ) Polis Bandung, Indonesia menahan seorang guru agama kerana melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap enam pelajarnya.


Suspek berusia 44 tahun itu adalah guru agama dan penjaga rumah ibadat didakwa melakuka perbuatan tidak bermoral terhadap enam remaja bawah umur dengan menawarkan ganjaran RP3,000 (RM0.85). 


Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bandung, Adanan Mangopang berkata, semua mangsa merupakan pelajar perempuan berusia antara lima hingga 10 tahun. 


Kesemuanya adalah pelajar kepada suspek yang dikatakan telah melakukan perbuatan terkutuk itu selama empat bulan. Kes itu terbongkar selepas ibu bapa mengetahui perbuatan suspek lalu membuat laporan polis. 


"Motifnya, suspek hanya mahu memuaskan nafsunya," kata Adanan. 


Akibat dari perbuatannya itu, guru agama terbabit bakal didakwa di mahkamah dan berdepan dengan hukuman penjara selama tiga hingga lima tahun. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3teQiMI
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger