Golongan pejalan kaki selalu diberi peringatan untuk berhati-hati ketika melintas jalan raya. Tetapi adakalanya peringatan itu masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
Seorang wanita berusia lingkungan 30-an mengalami kecederaan setelah dirempuh kereta ketika mangsa cuba melintas jalan.
Video dashcam berdurasi 1 minit 21 saat dari pemandu yang menyaksikan kejadian itu menunjukkan, mangsa terdahulu berteduh di bawah jambatan berikutan hujan cuaca pada ketika itu hujan.
Sebelum melintas, mangsa dipercayai melihat lampu isyarat terlebih dahulu. Setelah mendapati lampu isyarat masih merah, mangsa mula melintas dengan berlari keanak-anakkan ke seberang jalan.
Malang tak berbau, mangsa yang tidak menoleh langsung ke kiri menyebabkan dia dirempuh sebuah kereta Proton Wira yang tidak sempat mengelaknya.
Rempuhan yang tepat terkena pada kakinya membuatkan mangsa melambung sebelum terjatuh dan terhempas di jalan raya.
Beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian itu segera datang membantu, manakala kereta yang merempuh mangsa berhenti di tepi jalan.
Tidak diketahui bagaimana keadaan mangsa. Tetapi apa yang berlaku wajarlah dijadikan sebagai pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati apabila melintas jalan.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter https://ift.tt/3unOa5o
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment