Dua lelaki mengalami lebam dan luka teruk di bahagian belakang badan akibat dipukul serta diugut dengan senjata api dalam kejadian yang berlaku pada Selasa, 13 April 2021 di sebuah kondominium di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
Menurut mangsa yang berusia 26 tahun 11 bulan itu berkata, dia dan rakannya bekerja sebagai 'bodyguard'. Pada hari kejadian kira-kira jam 10 malam, mereka beradad i One KL Condominium Complex Kuala Lumpur 6, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre.
Salah seorang rakan kepada majikan mereka bertanya kepada rakan mangsa, "You orang puasa ke?" dan secara tiba-tiba menampar kepala mereka berdua di hadapan pekerja yang lain.
Rakan majikannya turut melemparkan kata-kata berikut:
"Saya sudah cakap jangan puasa. Siapa yang bayar gaji you? Saya ke atau you punya Allah? You tahu ke siapa saya? Itu Allah tak boleh jaga saya. Saya berhenti (pecat) you orang nanti. You orang minta Allah bayar you punya gaji."
Kedua-dua mangsa kemudian berhasrat keluar dari tempat itu tetapi dihalang oleh suspek di mana mangsa pertama dilempang di bahagian muka, manakala mangsa kedua pula ditarik rambutnya.
"You orang mau complaint saya ke? Itu IGP (Ketua Polis Negara) saya pegang," kata suspek.
Mangsa pertama mengatakan, ketika dia menunggu rakannya mengambil kereta, dia dipukul di kepala dan perutnya ditumbuk beberapa kali.
"Apabila sampai di rumah majikan di Bukit Tinggi, majikan menyuruh salah seorang staff pergi mengambil rotan kayu dan menyuruhnya memukul bahagian belakang saya dan rakan dalam keadaan berdiri. Majikan pula memegang sepucuk pistol sambil dicekah dan diacuhkan ke arah rakan saya," kata mangsa.
Akibat dari kejadian itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang badan, kepala dan lengan. Mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri dan tidak puas hati dengan tindakan majikannya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Klang pada jam 3.04 pagi Rabu, 14 April 2021.
Turut tersebar, salinan laporan polis mangsa kedua yang menjelaskan situasi yang hampir sama di mana majikan bernama Chung Chee Yang melemparkan kata-kata biadab dan berunsur penghinaan terhadap agama Islam dengan kata-kata berikut:
"...you mahu ikut Allah atau you mahu ikut saya. Tengok dia boleh kasi you gaji ke".
Mangsa juga diugut oleh majikannya dengan senjata api dan mengancam akan menghantar orang-orangnya untuk memukul keluarga mangsa. Bimbang dengan keselamatan keluarga, mangsa memohon maaf.
"Saya kata, 'Sorry boss, sakit'. Dia datang dan rampas pistol yang diletakkan di bahagian pinggang saya dan diacu ke arah saya sambil berkata,
"Saya boleh tembak sama you. Tengok Allah boleh tolong ke tak,"
Sementara itu, Ketua POlis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan kejadian itu yang membabitkan mangsa berusia 26 dan 43 tahun.
Siasatan awal mendapati, dua mangsa terbabit berkerja dengan suspek sejak tiga dan tujuh tahun lalu. Suspek dikatakan akan memarahi mangsa sekiranya mendapat tahu pekerjanya berpuasa dan memaksa mereka untuk tidak meneruskan berpuasa.
Suspek kini sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3gn3sDV
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment