(Video) Anjing dirantai di luar kedai daging menunggu untuk disembelih, diselamatkan orang awam

shamsulazlan | 03:24 | 0 comments
Seekor anjing baka American Eskimo Dog yang dipercayai dicuri, ditemui di luar sebuah kedai menjual daging anjing di Jilin, timur laut China, berjaya diselamatkan orang awam.  Kisah mengenai anjing comel itu viral di media sosial minggu lalu setelah pemilik barunya berkongsi mengenai kisahnya dan menggesa kerajaan memperketatkan undang-undang melindungi haiwan.  Video viral itu menunjukkan anjing tersebut pada awalnya kelihatan sedih...

'Pampasan itu terlalu sedikit' - Lelaki dipenjara 19 tahun secara salah dibayar pampasan RM3 juta dari kerajaan

shamsulazlan | 02:24 | 0 comments
Seorang penduduk kampung di China dibayar gantirugi 4.96 juta Yuan (RM3,080,481) oleh kerajaan setelah mahkamah tersilap menjatuhkan hukuman terhadapnya atas pertuduhan membunuh dua kanak-kanak lelaki pada tahun 1993 dan dikenakan hukuman mati.  Zhang Yuhuan, 52, yang telah menghabiskan masa di penjara hampir 27 tahun dan menunggu masa untuk menjalani hukuman mati sejak 2001, akhirnya bertemu kembali dengan keluarganya termasuk ibunya yang...

Kerajaan perlu benarkan pengeluaran wang KWSP bagi mengelakkan rakyat yang terjejas pinjam duit Ah Long

shamsulazlan | 00:24 | 0 comments
Kerajaan digesa mengkaji semula cadangan membenarkan pekerja di Malaysia membuat pengeluaran akaun satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung ekoran pandemik Covid-19.  Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, pengeluaran itu juga akan membantu golongan penganggur dan individu yang dibuang kerja.  Ini bagi mengelakkan golongan yang...

Perancis lockdown kali kedua, lebih dari 10,000 rakyatnya melarikan diri

shamsulazlan | 00:24 | 0 comments
Puluhan ribu warga Perancis dalam keadaan terdesak melarikan diri dari ibu negara sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk selepas Presiden Emmanuel Macron mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung.  Video yang viral di Twitter menunjukkan sebilangan besar warga Perancis berusaha keluar secara besar-besaran ke luar bandar bagi mengelak berada di kawasan perintah berkurung sebelum jam 12 tengah malam.  Suasana pada malam...

'Rakyat tengah susah, tapi ada yang sibuk nak jadi PM, Timbalan PM' - Muhyiddin

shamsulazlan | 23:24 | 0 comments
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui tidak mahu menyentuh soal politik dalam pentadbirannya kini, sebaliknya lebih mementingkan bagaimana mahu membantu rakyat yang terjejas berikutan pandemik koronavirus (Covid-19). Perdana Menteri berkata, fokusnya yang utama sekarang adalah bagaimana mengawal penularan pandemik berkenaan, serta memastikan pemulihan ekonomi negara berikutan kesan pandemik Covid-19. “Kalau saya sentuh soal politik...

Putrajaya sedang pertimbang beri permit kerja sementara kepada PATI untuk atasi masalah kekurangan pekerja

shamsulazlan | 22:24 | 0 comments
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedang mempertimbang untuk memberi permit kerja sementara kepada pekerja asing tanpa izin yang berada di negara ini bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja asing dalam industri kelapa sawit dan getah. Perdana Menteri berkata, kerajaan berusaha mencari jalan mengatasi masalah kekurangan pekerja asing dalam industri tersebut terutama selepas pintu sempadan negara ditutup dalam usaha...

Syak curang, suami hentam isteri sampai patah jari

shamsulazlan | 22:24 | 0 comments
Rasa cemburu yang tidak terkawal mendorong seorang lelaki bertindak memukul isterinya sehingga menyebabkan mangsa mengalami luka di kepala, patah jari kiri dan bengkak di leher dan belakang badan.  Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian yang berlaku pada jam 8.40 malam Selasa, 27 Oktober 2020 di Tanjong Karang dan suspek telah pun ditahan pada Khamis, 29 Oktober 2020.  Difahamkan sebelum kejadian...

18 chingey Vietnam ditahan, 37 pelanggan dikompaun kerana ingkar PKPB

shamsulazlan | 21:24 | 0 comments
18 wanita Vietnam (GRO) ditahan polis dalam serbuan Op Noda di tiga kelab malam di Jalan Puteri 4/8, Bandar Puteri Puching, semalam.  Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, pihaknya membuat serbuan di tiga premis itu pada jam 10 malam setelah mendapat maklumat dari orang awam.  Turut ditahan, tujuh lelaki Myanmar serta seorang lelaki Bangladesh yang dipercayai pekerja di premis berkenaan. Dua individu...

'Penjawat awam tidak layak diberi bantuan BPN kerana bukan golongan yang terjejas akibat Covid-19'

shamsulazlan | 21:24 | 0 comments
Pengasas serta Perunding Utama Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Rohani Mohd Shahir berpendapat, golongan penjawat awam tidak sepatutnya diberi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana mereka bukannya golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.  Sebaliknya, golongan terkesan dan benar-benar terjejas akibat pandemik itu adalah mereka yang dipotong gaji dan diberhentikan kerja itu sepatutnya diutamakan dalam pemberian BPN.  "Saya...

'Mereka sangat penyabar' - Nia Ramadhani selalu bangun lewat tetapi tetap disayangi mertuanya

shamsulazlan | 06:24 | 0 comments
Pelakon Indonesia, Nia Ramadhani yang mencipta nama menerusi Sinetron Bawang Putih Bawang Merah yang pernah popular di Malaysia, kebelakangan ini viral di media sosial mengenai beberapa perkara yang melucukan.  Menurut laporan portal hiburan tempatan, Nia tidak lagi berlakon selepas mendirikan rumah tangga dengan pasangannya yang merupakan seorang usahawan, Ardi Bakrie.  Difahamkan, Nia menjadi bahan bualan netizen kerana dikatakan...

(Video) 'Harap jangan maki pakcik itu, dia ada masalah ingatan' - Warga emas pandu melawan arus jadi punca kemalangan ditahan polis

shamsulazlan | 05:24 | 0 comments
Pengguna Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA) semalam digemparkan dengan kejadian seorang lelaki warga emas memandu secara melawan arus menghala ke Pusat Bandar Shah Alam.  Menurut laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku pada jam 5 petang semalam di mana warga emas berusia 73 tahun terbabit memandu kereta Perodua Kelisa secara melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan apabila keretanya bertembung dengan Myvi dan menyebabkan sebuah...

'Saya mohon maaf, saya sedia bertanggungjawab' - Remaja dipenjara 25 tahun kerana bunuh anjing polis

shamsulazlan | 05:24 | 0 comments
Seorang lelaki di Florida dijatuhkan hukuman penjara kerana menembak mati seekor anjing milik polis yang diberi nama Fang, ketika tertuduh cuba melepaskan diri dari ditahan dalam kejadian dua tahun lalu.  Jhamel Malik Paskel, 19, dihukum penjara selama 25 tahun oleh Mahkamah Daerah Duval setelah dibicarakan sebagai orang dewasa atas enam pertuduhan termasuk menembak mati anjing polis, pembunuhan bersenjata dan melakukan penculikan.  Lapor...

'Ada makhluk halus jatuh atas bumbung rumah kau' - Kerani rugi RM45,000 kerana percayakan bomoh temberang

shamsulazlan | 03:24 | 0 comments
Gara-gara percaya dengan kata-kata bomoh scammer, seorang kerani sebuah syarikat swasta di Padang Sanai, Kuala Nerang, terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM45,000.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 44 tahun itu menggunakan khidmat saudara rapat yang juga bomoh pada September lalu.  Menurut mangsa, bomoh itu memaklumkan ada makhluk halus terjatuh di atas bumbung rumahnya...

(Video) 'Bayar kereta boleh, kenapa tak boleh bayar tol?!!' - Pemandu Myvi ini dimaki sebab cucuk rapat kereta depan, elak bayar tol

shamsulazlan | 02:24 | 0 comments
Peraturan lebuhraya menetapkan, barang sesiapa yang mahu menggunakan lebuhraya tersebut haruslah membuat pembayaran tol. Namun begitu, ada segelintir pengguna lebuihraya yang kedekut dan sanggup melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya.  Bagi mengelak dari membuat pembayaran, golongan ini sanggup mengekori rapat kenderaan di hadapan agar dapat melepasi tol secara percuma.  Bagi yang pernah terkena, mungkin hanya sekadar membiarkan...

(Video) 'Eh Meow! Janganlah!' - Kucing nakal halang pemiliknya dari buat kerja sekolah dengan 'merampas' pensilnya

shamsulazlan | 01:24 | 0 comments
Usaha seorang kanak-kanak perempuan cuba menyiapkan kerja sekolahnya terganggu selepas seekor kucing peliharaannya nekad mengalihkan perhatiannya dan mengajaknya bermain.  Video yang viral di media sosial China itu menunjukkan, kucing baka American Shorthair berusia tujuh bulan diberi nama Zai Zai, baring di depan kanak-kanak itu dan cuba 'merampas' pensil untuk menghentikannya dari terus membuat kerja sekolah.  Memetik kenyataan...

Peniaga rugi RM9,600 selepas dikelentong 'member' lama

shamsulazlan | 01:24 | 0 comments
Seorang peniaga mendakwa kerugian RM9,600 selepas diperdayakan seorang lelaki yang menyamar sebagai rakan lamanya, semalam.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 55 tahun telah menerima panggilan telefon daripada nombor tidak diketahuinya pada 11 pagi semalam dan pemanggil memperkenalkan diri sebagai rakannya dan berhasrat meminjam wang untuk membuka restoran.  "Suspek dikatakan...

'Baki dalam akaun tinggal RM14,000!' - Wang simpanan RM4.3 juta lesap angkara scammer, mangsa saman terhadap pihak bank

shamsulazlan | 23:24 | 0 comments
Kira-kira 30 tahun lalu, Dolly Ng mewarisi harga peninggalan daripada ibu bapanya lebih daripada RM4 juta. Wanita warga emas berusia 72 tahun itu telah menyimpan wang tersebut di beberapa akaun banknya selama bertahun-tahun.  Namun pada Mei 2019, Dolly dihubungi oleh seorang individu yang mengaku dirinya sebagai polis dan memaklumkan wang di dalam akaun banknya sedang disiasat oleh pihak berkuasa.  "Dia menasihati saya untuk membuka...

Budak 6 tahun dirogol & dibunuh selepas keluar beli gula-gula di kedai berhampiran

shamsulazlan | 22:24 | 0 comments
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dirogol sebelum dibunuh selepas mangsa keluar membeli gula-gula serta sepeket keropok dari sebuah kedai berhampiran rumahnya.  Lapor Mirror, mayat mangsa, Inathi Mhlahlo, ditemui dalam keadaan separuh bogel di kawasan semak berhampiran rumahnya yang terletak di kawasan bandar Mdantsane, Afrika Selatan, lima jam selepas kehilangannya.  Kanak-kanak itu ditikam di bahagian leher dan seluar,...

'Saya memang takkan bagi peluang' - 6 anggota polis ditahan kerana peras ugut orang awam di sekitar Serdang

shamsulazlan | 22:24 | 0 comments
Enam anggota polis ditahan kerana disyaki memeras ugut orang awam di sekitar Serdang, semalam. Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi Bernama. Tanpa mendedahkan butiran lanjut penahanan kesemua suspek, beliau berkata mereka ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman. "Ya, saya mengesahkan mereka ditahan semalam oleh JIPS untuk siasatan lanjut," katanya...

Tulah meragut, suspek terbabas ke dalam longkang

shamsulazlan | 22:24 | 0 comments
Seorang lelaki mengalami ketulahan di mana dia motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang selepas meragut telefon bimbit milik seorang pelajar perempuan.  Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu yang berlaku pada jam 5.30 petang, Khamis, 29 Oktober 2020 di Jalan Sekolah, Seri Kembangan. Difahamkan, mangsa yang...

(Video) Hubungan tak direstui, pemuda digantung keluarga teman wanitanya

shamsulazlan | 06:24 | 0 comments
Malang nasib seorang lelaki yang berasal dari Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Hanya kerana hubungannya tidak direstui oleh pihak keluarga teman wanita, lelaki berusia 23 tahun itu dihukum gantung dengan posisi kepala di bawah dan kaki di atas.  Video kejadian yang dirakam pada 20 Oktober 2020 itu menunjukkan, Mario Mardi Natriti dihukum dengan kejam sambil disaksikan sekumpulan penduduk tempatan termasuk beberapa individu yang memakai seragam...
Pages (17)1234567 Next
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger