Jika sebelum ini pihak berkuasa mengenakan kompaun RM1,000 kepada individu yang ingkar PKP, dalam Fasa ketiga tiada lagi kompaun yang akan dikenakan.
Menteri Kanan (Pertahanan) Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang didapati ingkar terhadap PKP akan terus direman oleh polis dan dihadapkan ke mahkamah.
"Mulai esok, polis tidak akan lagi beri tumpuan kepada kenakan kompaun RM1,000 kepada pesalah ingkar PKP. Sebaliknya mereka akan direman dan dihadapkan ke mahkamah.
"Ini kerana kompaun RM1,000 ramai tidak takut," katanya memetik tweet dari Twitter Majlis Keselamatan Negara (MKN), Selasa 14 April 2020.
TERKINI :— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) April 14, 2020
Mulai esok polis tidak akan lagi beri tumpuan kepada kenakan kompaun RM1,000 kepada pesalah ingkar PKP. Sebaliknya mereka akan direman dan dihadap ke mahkamah.
Ini kerana kompaun RM1,000 ramai tidak takut : Ismail Sabri-Menteri
Orang ramai diingatkan untuk terus duduk di rumah dan patuhi PKP agar usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 berjaya dilakukan sepenuhnya.
from The Reporter https://ift.tt/3b7tuW9
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment