Home » , » Nekad potong lidah untuk pujuk Dewa Kali Mata hentikan wabak Covid-19

Nekad potong lidah untuk pujuk Dewa Kali Mata hentikan wabak Covid-19

shamsulazlan | 02:03 | 0 comments

Seorang lelaki berusia 24 tahun dari Madhya Pradesh nekad memotong lidahnya sebagai korban bagi memujuk dewa menghentikan penularan wabak Covid-19 di negara itu. 

Dalam kejadian yang berlaku di depan kuil Bhavani di Nadeshwari, Gujarat, Vivek Sharma, memotong lidahnya untuk ditawarkan kepada Dewa Kali Mata selepas dia kecewa tidak dapat pulang ke kampung susulan perintah berkurung yang dilaksanakan. 

Difahamkan, Vivek bekerja sebagai pengukir batu di kuil tersebut bersama lapan rakannya.

Sebelum kejadian, Vivek memberitahu rakannya yang dia mahu pergi ke pasar pada waktu rehat. Bagaimanapun, Vivek tidak kembali selepas itu membuatkan rakannya terus menghubungi telefon bimbitnya. 

Sebaik panggilan dijawab, mereka terkejut mendengar suara orang lain yang memaklumkan Vivek ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kuil berhampiran dengan lidahnya sudah terputus. 

Vivek kemudian dikejarkan ke hospital dan doktor berusaha menyambung semula lidahnya. Tetapi tidak diketahui sama ada pembedahan itu berjaya atau sebaliknya, atau Vivek akan menjadi bisu seumur hidup. 

Menurut sumber polis, Vivek bertindak sedemikian agar wabak Covid-19 dapat dihentikan dan dia boleh pulang ke kampung. 

Salah seorang rakannya berkata, Vivek merupakan pemuja Kali Mata dan memang taat dengan dewa itu.



from The Reporter https://ift.tt/2Y8l793
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger