"Bayangkan nak menyiapkan semua pesanan itu dengan keadaan booking last minute dan puasa," demikian luah anak kepada pengusaha Restoran Soflina di Jalan Segamat, Kuantan.
Nur Atikah MD Yusof berkata, seorang lelaki datang ke restoran keluarganya pada jam 1.30 tengah hari 25 April 2020 memperkenalkan dirinya sebagai Inspektor Helmi dan membuat pesanan yang banyak untuk juadah berbuka puasa bagi pihak berkuasa yang bertugas di tiga lokasi sekatan jalan raya.
"Dia berjanji untuk mengambil pesanan ini menggunakan kereta peronda pada jam 6.15 petang. Tetapi sehingga jam 8 malam, dia tidak kunjung tiba.
"Saya terus bawa kesemua pesanan itu ke sekatan jalan raya di Dataran Segamat dan bertanya tentang Inspektor Helmi. Teteapi mereka mengatakan tidak mengenali individu tersebut," katanya.
Cubaan menghubungi nombor telefon bimbit lelaki itu juga gagal apabila panggilan langsung tidak dijawab.
Ekoran dari insiden itu, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1,500. Mangsa juga telah membuat laporan polis.
"Antara makanan yang dipesan, 105 murtabak utara, 105 nasi ayam, 105 sos, 105 sup, 105 air, 105 buah dan 105 kuih. Kos kerugian kami ialah sebanyak RM1,500.
"Apa yang saya kesalkan, dia menganiaya kami. Bayangkan nak menyiapkan semua pesanan itu memerlukan tenaga kedua ibu bapa saya dan keluarga yang berhempas pulas menyiapkan semua itu dari jam 2 hingga 6 petang.
"Kami begitu yakin kerana dia inspektor, boleh berlakon buat-buat telefon sarjan dan beberapa anggota bertugas di dalam setiap sekatan jalan raya.
"Kami dah buat laporan polis dan siasatan kes terpaksa ditangguhkan kerana CCTV berdekatan sedang bercuti (PKP). Hanya boleh buat laporan saja, pengkhianat tersebut masih bebas," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/3cRqwpg
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment