Home » , » 'Tak sampai 10 minit, tiba-tiba rumah blackout' - Ada benda menumpang dalam teddy bear

'Tak sampai 10 minit, tiba-tiba rumah blackout' - Ada benda menumpang dalam teddy bear

shamsulazlan | 11:21 | 0 comments

Ramai yang bercerita mengenainya, tetapi jarang yang dapat melihatnya. Setiap orang mempunyai pengalaman paranormal/mistik masing-masing. Ini sekadar perkongsian sahaja. Bagi yang lemah semangat, anda tidak digalakkan untuk terus membaca. 

ALKISAH, aku mendirikan rumah tangga pada Mac 2018. KEtika itu, aku suka sangat dengar MJ 12, slot radio dari Singapura tu. Ada satu cerita tu pasal letak buah kundur kat rumah untuk tengok ada benda ke tak dalam rumah kita. So aku ajak husband buat, niat hanya untuk saja-saja nak cuba tengok betul ke berkesan cara tu. 

Suami pada masa tu tak nak buat. Dia kata, memang ada benda dalam rumah ni. 

"Saya selalu nampak kat sliding door kita. Warna hitam tinggi. Tapi dia tak duduk kat sini, cuma lalu je." katanya. 

Aku masa tu dah krik..krik.. sebab aku jenis tak percaya dan bukan spesis penakut. So benda itu tergantung di situ je. 

Sebelum berkahwin, sepanjang enam tahun bercinta tu memang banyak teddy bear yang BF a.k.a suami hadiahkan. Time bujang, semua tu duduk dalam bilik aku. Aku peluk-peluk sepak tendang masa tidur. Tapi bila dah kahwin, semua tu diletak dalam bilik ketiga yang dijadikan sebagai stor. Hanya ada seekor sahaja yang dibawa masuk ke bilik untuk dipeluk semasa tidur dan namanya Boyen. 

Sekali sekala kakak aku akan datang bermalam di rumah kami. Akak aku ada dua orang anak kecil, si abang bernama Mika, 3, dan adiknya, Affiya, 2. Kalau diorang datang, husband masing-masing akan pergi memancing. So malam-malam kami berempat akan tidur di bilik utama. 

'Benda' dah lama ada clue, cuma masa tu kitorang anggap tak serius. Akak aku pula memang dari kecil lagi hijabnya dah terbuka. Sebagai contoh bila waktu malam, anak buah aku akan jadi sangat takut dengan semua teddy bear aku terutamanya si Boyen. Dia akan terjaga, menangis dan tunjuk-tunjuk pada si Boyen. 

Pada kami, adalah normal budak-budak akan nampak benda halus dan tak terfikir pun ada 'benda' menumpang dalam teddy bear aku. 

Bilik ketiga yang ada banyak teddy bear dalam tu bersusun di atas katil bujang aku. Pintu bilik ketiga ini memang dah loose dan adakalanya akan terbuka sendiri. Sekali sekala bila tengah tengok tv, pintu bilik itu akan terbuka sendiri membuatkan anak buah aku menjerit ketakutan dan menangis. 

SABTU 24 OGOS 2019

Long short story, Sabtu, satu family akak aku datang ke rumah pada waktu petang. Di depan pintu bilik ketiga, aku perasan Mika dok angkat mainan dia seperti nak diberi pada seseorang sambil berkata, 

"Ni, ni amek aaaa" 

So aku dah perasan, aku panggil nama dia tiga kali tetapi tidak diendahkan. At last aku sentuh bahu dia dan barulah dia pandang ke arah aku. 

"Mika cakap dengan siapa tadi?" 

Dia gelak-gelak dan terus berlari ke tempat lain. 

Malam itu, suami dan abang ipar pergi bermain badminton. Anak buah aku dah ditidurkan dalam master bedroom. Kakak dan aku di ruang tamu melayan movie. Tiba-tiba kakak aku buka cerita. 

"Adik, hang nak tau dak. Kat rumah hang ni betul-betul di sebelah peti ais hang ada seorang budak lelaki duduk situ. Badan dia tak dak darah luka, tunduk saja. Tapi mata dia dok tengok kita lalu lalang depan dia," kata kakak. 

"Sungguh ka kakak?"

"Ya, sungguh. Tapi dia tak tunjuk muka. Aku cuma nampak mata dia saja. Dia pakai seluar pendek berwarna coklat, baju kelabu. Aku dah lama nampak tapi segan nak cerita kat hang, nanti hang takut. Tiap kali aku mai, mesti nampak. So aku rasa aku kena juga cerita," kata kakak. 

Okay, masa ni aku dah cuak sebab dapur aku jenis memanjang, so peti ais berada betul-betul di belakang aku ketika aku memasak. Jadi, selama ini semasa aku memasak ada 'benda' yang memerhati aku ke?!

Belum habis kakak aku cerita, dua anak buah aku menangis di dalam bilik, berpeluh sampai basah baju. Padahal bilik aku masa tu, aircond diset pada suhu 16'C. Akak aku pun bawa diorang ke ruang tamu. 

Tiba-tiba Affiya dok tunjuk atas reel langsir dengan jari. Sekali sekala mata dia dok bergerak dari tv beralih ke langsir. Selepas itu dia lari peluk aku. Aku terus teringat suami ada cerita tentang lembaga hitam tinggi yang selalu dilihatnya sebelum ini. Sekarang, aku dah mula takut. 

Kira-kira jam 1 pagi, suami dan abang ipar balik. Malam itu juga kakak nak terus balik ke rumah diorang. Aku cerita kepada suami tentang apa yang berlaku.

"Tunggu siang esok, nanti kita ikhtiar macam mana nak buat," kata suami. 

AHAD 25 OGOS 2019

Keesokkan harinya, aku tengah on call dengan mak mertua mengadu mengenai masalah rumah kami. Then barulah mak mertua buka mulut. 

"Sebenarnya Zila, mak pun pernah nampak. Masa tu mak kat ruang tamu. Tiba-tiba pintu bilik ketiga terbuka sendiri. Selepas tu mak nampak teddy bear kamu yang paling besar tu macam tengah berdiri tengok mak. Mak tak nak cerita kat Zila, nanti Zila ingat mak reka cerita."  katanya. 

Mak mertua tahu aku jenis yang tak percaya pantang larang, hantu ini semua. Pasal lembaga hitam depan sliding door itu pula mungkin penjaga pintu (hantu raya). Mungkin kepunyaan owner lama since owner lama itu beragama hindu. 

Waktu tu aku dah terasa sangat seram. Dalam kepala memikirkan penampakan budak lelaki di sebelah peti ais. Bilik ketiga berhampiran dengan dapur. Penampakan itu di sebelah peti ais dan Mika bermain dengan 'seseorang' pun di area situ juga. 

Aku terus beritahu suami dan suami masuk ke bilik ketiga. Dicampak semua teddy atas lantai dan pijak.

"Esok balik dari kerja, kita pergi buang semua ni," katanya. 

Sepanjang malam itu, memang kami pasang surah ayat suci Al-Quran. 

ISNIN 26 OGOS 2019

Bangun pagi itu, perkara pertama yang aku buat ialah periksa bilik ketiga. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati teddy bear yang dicampak semua itu semua tersusun elok di atas katil. Sedangkan semalam kami dah campak dan pijak. Aku terus menjerit memanggil suami. 

"Takpe, pergi kerja dulu. Petang kang balik, kita bakar semua ni, "katanya. 


Balik petang tu, kitorang bakar semua teddy bear tu jauh sikit dari rumah. Masuk je rumah terus terhidu bau wangi setanggi, kuat sangat-sangat. 

"Dah, jangan tegur. Awak pergi mandi, kita ready untuk maghrib." 

Sepanjang malam itu juga, memang pasang ayat suci Al-Quran di ruang tamu dan di dapur. So semalam suami letak cuka, garam dan lada hitam dalam lapan cawan. Letak di ketiga-tiga bilik, di sliding door, meja makan, sebelah peti ais, bawah meja solek. 

Bangun pagi tadi, suami periksa semua cawan tiada perubahan kecuali kat tiga cawan ini iaitu di peti ais, sliding door dan di bawah meja solek. Airnya berkarat sangat dan bentuk garam itu seolah-olah digodak-godak/berterabur dalam cawan. 

Sekarang, aku sendiri jadi takut dengan rumah sendiri. Semua orang ada nampak 'benda' ini kecuali aku seorang saja yang tak nampak. Yang aku perasan dalam sebulan ini nasi memang cepat basi. Contohny aku masak nasi pada jam 11 pagi, jam 5 petang nasi dah basi. Kalau dulu, aku masak nasi di tengah hari, tengah hari keesokkan harinya nasi masih elok lagi. 

Selain dari itu, aku dan suami memang kerap bergaduh dalam tempoh sebulan ini. Padahal kami ni kira loving couple. Baru-baru ini sebelum raya haji, kami bergaduh teruk sampai suami terlafaz talak (dah selesai). Masa gaduh tu tak terlintas pun untuk kaitkan dengan 'benda' ini. Tapi tengah aku Google2 hari ini, antara tanda-tanda rumah yang ada 'penghuni' ialah rumah terasa panas, suami isteri kerap bergaduh kerana perkara kecil dan nasi cepat basi. 

SELASA 27 OGOS 2019

Kakak aku nombor dua dari utara datang berkursus di sini. Dia dan kawan-kawan dia request nak daging dan itik salai. So malam semalam balik je dari kerja, aku ajak suami pergi ke area Pilah. Sampai di satu kedai ini, pakcik itu tengok kami berdua atas bawah. Aku dah takut sebab dia dok pegang pisau potong daging yang macam parang tu. 

Aku beli sampai tujuh kilogram daging, belum campur dengan itik lagi. So memang lamalah menunggu dia memotong daging tu. Hadap je la jelingan tajam dia tu. 

Sebelum balik, tiba-tiba pakcik itu bagi kat aku sebalang ikan puyu (11 ekor). Memang dia jual tetapi dia kata,

"Nah ambik ni ha. Aku bagi sebab kau beli banyak kat aku. Sampai rumah, pecah-pecahkan dalam bekas lain, letak kat dapur dan bilik. Rumah kalau selalu kosong, memang ada yang suka duduk. Dalam daging-daging tu aku dah letakkan paku, takut ada yang suka pula nanti. 

"Nanti kau ambil tiga ekor ikan betuk ni, letak mata kail kat belakang badan dia. Kau sangkut kat pintu rumah, pintu bilik yang kau laki bini tidur, dengan pintu dapur, biar sampai ikan tu kering reput macam tu. Aku jamin tak ada benda yang berani masuk.

"Sambil-sambil tu, kau cakap dengan 'benda' tu aku letak ni bukan nak sakitkan kau, aku nak kau keluar je sebab aku nak duduk rumah ni. Kau jangan duduk sekali dengan aku'," pesan pakcik itu. 

Suami aku masa tu kata, "Eh pakcik, memang kat rumah kami ada...." 

Belum sempat suami habis bercakap, pakcik itu kata, "Aaaahhh! Aku tau. Tu la orang muda, bela kucing, bela tikus (hamster kot), benda-benda ni takde faedah. Lepas tu balik rumah lewat malam tak reti basuh kaki dulu." 

Naik bulu roma aku. Dalam hati, "Wah, advance sangat pakcik ni. Tak ada ribu tak ada hujan, boleh pula dia tahu." 

So malam itu tiada sebarang gangguan sebab kami pun tak duduk rumah sangat. Balik dari Pilah dah jam 11 malam, kami terus tidur. 

RABU 28 OGOS 2019

Balik kerja. Aku pula cuti (tak boleh solat). Biasa kami solat di dalam bilik utama saja. Tapi malam itu suami solat di bilik ketiga. Dia bawa masuk cuka, garam kasar. Aku duduk memasak di dapur. Lama suami berada dalam bilik ketiga tu, smapai isyak barulah dia keluar. 

Sepanjang suami berada dalam bilik. aku kat dapur ni dengar bunyi dung dang dung dang di atas siling dapur. 

Elok suami keluar dari bilik ketiga, dia bawa satu bekas berisi cuka campur garam. Disembur keliling rumah. Laman depan dan belakang rumah ditabur dengan garam. Suami buka pintu dapur dan kata,

"Aku takde niat nak sakitkan kau. Aku nak kau keluar dari rumah ni. Kami nak duduk sini. Kami nak ambil rumah ni. Kau pergi tempat lain." 

Sesudah suami kata begitu, terus terdengar bunyi "PUFFFFFF!" dan angin menerpa kami berdua. Tidak semena-mena makcik sebelah rumah menjerit. 

"PANAS!! SAKIT!!" 

Jeritannya kuat sampai kami dapat mendengarnya dengan jelas. Selepas itu dia memekik mengajak suaminya keluar dari rumah. Kami intai dari pintu depan, nampak mereka keluar dengan kereta. Mungkin kebetulan pasangan itu sedang bergaduh agaknya. 

Aku cerita kat dalam ni, korang jangan speku makcik itu pula. Kang jatuh fitnah. 

KHAMIS 29 OGOS 2019

Pagi itu nak keluar bekerja, memang laman depan rumah penuh dengan garam. Rumah kami keliling tembok, cuma ada lubang-lubang corak sikit saja di tembok yang memisahkan rumah kami dengan jiran. 

Masa aku balik kerja, jam 5.40 sampai di rumah. Semua garam-garam di laman sudah disapu dan dikumpulkan setempat. Siapa yang sapu?? Maksudnya orang itu masuk ke dalam laman rumah aku, buka gate dan tolong sapu. 

Aku tunggu dalam kereta, tunggu suami balik sebab aku takut nak masuk rumah seorang diri. Enjin kereta aku senyap, tak bising dan tiada sesiapa yang perasan aku berada di dalam kereta. 


Suami sampai, enjin keretanya bising. Aku nampak di celah-celah lubang tembok makcik rumah sebelah cepat-cepat keluar duduk di laman dia. Seperti menunggu suami aku, nak ajak bersembang. Yang paling mengejutkan, dia berjalan menggunakan tongkat hari ini. Selama lima bulan aku duduk di sini, tidak pernah aku tengok dia menggunakan tongkat. 

Suami keluar dari kereta terus ditegur oleh makcik itu. 

"Kenapa laman penuh garam?" soalnya. 

"Oh, ada garam tumpah je," jawab suami dan kemudian minta izin masuk dalam rumah. 

Aku dapat call dari kakak yang kata dia dapat mimpi. Budak kecil itu masuk dalam mimpi dia dan jegil mata pada kakak. Dipegangnya tangan kakak, benda itu marah-marah kenapa diceritakan kepada orang lain yang dia dapat melihat dirinya. Dia pegang tangan kakak dengan kuat dan keesokkan harinya, lebam di sekeliling tangan kakak. 

Aku cerita pada mak, mak kata mungkin dia ada simpan peliharaan dia di rumah aku sebab benda tu tak kacau kami. Dia hanya duduk menumpang sahaja. Dan aku baru perasan kat rumah aku ada banyak teddy bear (dah bakar) tapi tak ada satu pun ayat Al-Quran yang ditampal. Ini kesilapan kami. Nanti nak pergi cari frame-frame ayat qursi bismillah, nak digantung dalam rumah. 

JUMAAT 30 OGOS 2019

Suami buat air garam campur cuka untuk tiga malam berturut-turut. Bermula dari 28 Ogos hingga ke malam ketiga iaitu (hari ini). Sejak buat air itu, rumah dah tak kena ganggu. Malam-malam tu pula suami dah booking awal-awal lagi rumah rakit (dia dah book sebulan awal nak pergi memancing). So dia tinggalkan aku seorang diri pada malam itu. 

Jam 7.30 malam, aku pasang surah-surah di tv, buka semua lampu, bawa masuk belakang air dengan makanan dan masuk berkurung dalam bilik. Nampak tak betapa penakutnya aku. 

Tengah aku battle rank kat Mobile Legend dalam jam 10 malam tu, tiba-tiba tv aku dah tak ada bunyi. Aku buka balik surah tu dan masuk ke bilik semula. Tak sempat aku nak baring, tup-tup tv diam semula. 

So aku pergi semula ke tv dan cuba buka Astro. Elok pula bunyi tv aku. Bila nak buka surah, tak boleh. Menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku, aku cepat-cepat lari masuk ke bilik. Buka surah di YouTube handphone. Tak sampai 10 minit, rumah tiba-tiba blackout. 

Korang bayangkan aku tengah period (badan tak bersih), memang double triple jadi takut. Masa tu ayat qursi ke, al fatihah ke apa semua aku terus lupa. Tak terkeluar langsung dari mulut. Aku menjerit sekuat-kuatnya. Scroll phone cari flash light. Benda jarang guna memang mencecehlah nak cari. Masa ni aku dah mula menyumpah diri sendiri. Itulah, heboh sangat dok kata tak pernah nampak, orang lain je nampak aku tak nampak. Ha nah, aku dah kena. 

Jumpa je flash light, aku cuba keluar dari bilik. Nak keluar dari rumah. Masa aku menyuluh ke ruang tamu, yes aku nampak teddy bear (Boyen) yang paling besar di bilik ketiga yang pintunya terbuka. Padahal pintu bilik itu dah ditutup sebelum ini. Elok je teddy tu duduk di atas katil bujang dalam bilik tu. 


Menggigil aku nak buka jeriji pintu. Sebaik saja dibuka, cepat-cepat aku pergi ke rumah pakcik di depan. Pakcik itu memang kaki masjid dan pesara polis. Tengah-tengah malam aku minta tolong dia. Dia masuk ke rumah, cuba buka hidupkan semula bekalan elektrik tetapi gagal. Memang malam itu aku tidur di rumah dia, tak berani nak balik ke rumah sendiri. Call suami sendiri, panggilan tak dijawab!

SABTU 31 OGOS 2019

Keesokkan harinya aku demam. Memang berbakul-bakul suami aku dimarahi oleh mak mertua dan mak aku. Masuk je rumah, gelas-gelas yang letak cuka bercampur garam ada yang retak dan tumpah. 

Pakcik itu panggil imam di taman perumahan kami. Ini pun pengajaran juga untuk suami-suami, rajin-rajinkanlah diri pergi ke masjid supaya kenal dengan orang-orang tua, imam, susah-susah nanti mudah nak minta bantuan. 

Imam adalah baca-baca then dia bagi aku minum air kosong yang dia baca-baca tu untuk memulihkan semangat katanya. Imam pesan, benda itu boleh kembali kerana dia juga adalah makhluk Allah. Rajin-rajinlah mengaji, jaga hubungan dengan Allah. 

Imam tak cakap benda itu milik siapa, dia tak nak beritahu sebab takut jatuh fitnah. Imam pesan buat kenduri doa selamat, panggil oran taman baca yassin (house warming). 

Sebab masa masuk memang tak ada buat kenduri masuk rumah ke apa, cuma husband azankan semua penjuru rumah masa awal-awal pindah masuk. Benda itu marah, dia dah lama ada (kami dah lima bulan), tapi tak tunjukkan diri. Kebetulan je ada orang nampak dia (kakak aku dan anak dia), then kami pula pergi letak cuka garam bagi dia sakit, itu yang dia marah sangat. 

Sebenarnya, ada kisah antara aku, suami dengan anak lelaki makcik sebelah rumah ni. Anak lelaki dia (Din). Si Din ni dulu kerja elok, ada tunang. Tapi dia eksiden sampai cacat di tangan dan dapat kad OKU. Dia putus tunang dan hilang upaya untuk kerja. Bulan-bulan dia dapatlah duit dari pihak kebajikan. 

So since dia macam tak percaya dengan tuhan, dah macam orang tak betul. Dia macam jealous dengan aku dan suami. So BF aku masa tu tak ada apa-apa, ada motorsikal, kerja mekanik gaji RM800 jer. Malam-malam jual burger sebab nak kumpul duit kahwin. Itupun aku yang ada degree, gaji boleh tahan sedap ni boleh setia menunggu BF aku sampai enam tahun. 

Din pernah kata kat aku, "Aku tak rasa kau akan kahwin dengan dia (BF aku), dia tu tak ada apa-apa kot." 

Pernah dulu dia hantar benda bukan-bukan supaya aku benci pada BF aku (suami aku). Dia hantar melalui makanan, dia bagi aku makanan tu. Aku pula lurus bendul main makan je. Memang hampir-hampir nak break. BF aku datang hantar roti canai, aku boleh campak roti canai tu sebab BF aku beli kat kedai yang salah. Menangis BF aku masa tu. 

"Walaupun harga roti ini cuma seringgit, tapi itulah duit titik peluh saya. Kenapa dibaling-baling?" katanya. 

Macam-macam lagi benda teruk aku buat kat dia. Tapi jodoh kami panjang. Yang bocor rahsia pun kawan dia yang meneman pergi jumpa tok moh tu buka cerita sebab dia tengok aku macam dah tak betul. Asal nampak muka BF je aku menjerit aku sepak halau suruh balik. Time ni la banyak teddy bear aku dapat sebab dia nak pujuk aku. Duit dia jual burger tu weh. Tu yang aku sedih masa nak bakar teddy semua tu. 

Selepas dari kes dia hantar benda bukan-bukan kat kami masa bercinta tu, BF aku stop jual burger dan stop berkawan atau lepak dengan dia. Tapi ini kisah empat tahun lalu. 

Ini pun sehari sebelum raya haji disebabkan benda kecik je. Suami aku jatuh talak taaliq dekat aku kalau aku keluar rumah. Masa tu kami tak perasan pun pasal gangguan ini. Kami ingat sebab ego masing-masing. Gila tak gila, bercinta punya lama, punya banyak dugaan, kahwin setahun laki aku jatuh talak kat aku. 

Masa kami beli rumah ni, memang tak sangka akan berjiran dengan dia. Taman ini banyak fasa, memang tak sangka family dia duduk di fasa ini dan berjiran. Dua hari duduk di sini, suami aku kata,

"Awak nak tahu kita berjiran dengan siapa?" 

Time ni kami dah tepuk dahi, tapi apa nak buat benda dah terbeli. 

Sejak duduk di sini, dia nampak suami aku dah ada kereta, dah beli rumah, suami pula kerja di pusat servis dan tak buat kerja bengkel-bengkel cabuk dah. Jadi mungkin dia dengki semula kot. 

Itu hanya anggapan kami sahaja, tak cerita pun pada keluarga. Tak tahulah nak duduk di sini lagi ke tidak, dah sampai terkena gangguan begini. 

Sumber: Jijilaaa

Hantarkan kisah seram anda ke thereportermyofficial@gmail.com


from The Reporter https://ift.tt/2ROdDnU
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger