Home » , » Tersasul sebut 500 negara, nama Menteri Kesihatan trending di Twitter

Tersasul sebut 500 negara, nama Menteri Kesihatan trending di Twitter

shamsulazlan | 00:39 | 0 comments

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Adham Baba sekali lagi menjadi bahan bualan netizen di media sosial selepas kesilapannya mengatakan kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, yang beliau telah mengadakan telesidang video bersama 500 buah negara. 

"Saya yakin bahawa apa yang saya buat telahpun diiktiraf dunia, Datuk Seri. Saya telah buat video conferencing dengan WHO, 500 negara eh, saya live," katanya memetik laporan dari MalaysiaKini

Dr Adham Baba dipercayai tersasul ketika berkata demikian, sedangkan hanya ada 195 negara di seluruh dunia. 

Di media sosial, netizen meluahkan reaksi masing-masing sehingga nama Dr Adham Baba menjadi trending di Twitter sejak semalam.

“Nasib la (ketua pengarah kesihatan) Dr Noor Hisham yang selalu buat sidang media. Kalau harapkan Dr Adham Baba yang buat sidang media. Jahanam segala fakta yang sepatutnya dilaporkan. Hahahahaa,” kata salah seorang pengguna Twitter @shahriezalsalim.

“Aku boleh terima lagi Adham Baba ini kata negara ada 200, ni sampai 500. Ya Allah, kenapa aku dapat menteri macam ini,” tulis seorang lagi pengguna akaun Twitter @Sakinah48373637.


Meskipun begitu, ada beberapa pemimpin UMNO mempertahankan Dr Adham Baba. 

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak berkata, perbuatan tersasul itu merupakan perkara biasa. Sedangkan Anwar Ibrahim sendiri katanya, pernah menyebut tarikh 50 Februari. 



from The Reporter https://ift.tt/2VDPdhT
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger