Gara-gara pergi ke pasar raya, enam sekeluarga ini dikenakan kompaun sebanyak RM6,000 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Sabak Bernama, Superitendan Agus Salim Mohd Alias berkata, keluarga terbabit yang berusia dari 19 hingga 48 tahun ditahan pada jam 12.45 tengah hari Sabtu lalu.
"Antara kesalahan yang mereka lakukan ialah, melanggar arahan PKP, masuk ke dalam pasar raya secara berkumpulan dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.
"Kesemua dikompaun mengikut Peraturan 11, Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2020," katanya.
Agus berkata, pesalah diberikan tempoh dua minggu untuk membayar denda masing-masing.
Beliau turut menggesa orang ramai mematuhi perintah PKP dan menegaskan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang masih ingkar dengan arahan PKP bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Sumber: New Straits Times
from The Reporter https://ift.tt/34yoAPC
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment