Home » , » Penumpang panik, teraktif mod 'EJECT' dari pesawat pejuang

Penumpang panik, teraktif mod 'EJECT' dari pesawat pejuang

shamsulazlan | 00:42 | 0 comments

Seorang penumpang awam secara tidak sengaja tertekan butang 'eject' dari pesawat pejuang kerana panik ketika pesawat sedang melakukan penerbangan pemerhatian.

Difahamkan, mangsa diberi peluang untuk menaiki jet pejuang Perancis itu sebagai hadiah kejutan dari empat rakannya.

Biro Penyiasatan Kemalangan bagi Keselamatan Penerbangan Negeri mendapati, mangsa yang berusia 64 tahun itu berada dalam keadaan tertekan ketika memasuki ruang kokpit. 

Laporan yang dikeluarkan oleh biro berkenaan menyatakan, kadar degupan jantung mangsa pada ketika itu mencatatkan 142 detakan per minit, 

Mangsa mendakwa, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk melakukan penerbangan seperti itu, malah tidak diberi peluang untuk menolaknya ketika dikejutkan oleh empat rakannya itu. 

Selain itu, dia juga mendakwa seluar anti-G-nya tidak dipakaikan dengan betul, topi keledar dan topeng oksigen tidak diketatkan kerana pemeriksaan keselamatan yang dilakukan tidak 'serius'. 


Pesawat itu kemudian berlepas dari lapangan terbang Saint-Dizier 113 dan pada tekanan 0.6G, mangsa mula berasa panik dan tertekan lalu berpaut pada tuil ejektor, secara tidak sengaja telah mengaktifkan mod melenting keluar dari pesawat. 

Mangsa kehilangan topi keledar dan topeng oksigennya semasa melenting keluar selain mengalami kecederaan ringan dalam insiden yang berlaku pada Mac 2019. 

Siasatan juga mendapati berlaku gangguan teknikal yang menghalang juruterbang pesawat dari melenting keluar. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/2xkGQj7
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger