Seorang wanita diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya atas alasan giginya tidak sempurna, rongak.
Rukhsana Begum berkata, suaminya, Mustafa dan mertuanya kerap meminta dia menambah wang hantaran. Rukhsana dan Mustafa berkahwin pada 27 Jun lalu.
"Sejak dari awal perkahwinan lagi, keluarga mentua meminta bermacam-macam perkara dan keluarga saya tunaikan saja permintaan mereka.
"Selepas berkahwin, keluarga mentua meminta saya membawa lebih banyak emas dan wang dari rumah saya. Malah, Mustafa juga merembat motosikal adik saya.
"Mereka juga mendera saya dengan kerap dan akhirnya Mustafa berkata dia tidak lagi suka pada saya kerana gigi saya rongak. Dia juga tidak mahu tinggal bersama saya lagi. Keluarga mentua mengurung saya di dalam rumah mereka selama 10 hingga 15 hari," katanya.
Tidak berapa lama kemudian, Rukhsana jatuh sakit dan dihantar ke rumah ibu bapanya.
"Saya failkan aduan di balai polis terhadap suami dan keluarga mentua. Akhirnya mereka bersetuju untuk berkompromi dan mengambil saya pulang semula.
"Namun pada 1 Oktober, Mustafa datang dan memaklumkan dia tidak akan membawa saya pulang bersamanya. Dia menghina ibu bapa saya dan melafazkan talak tiga terhadap saya," katanya.
Rukhsana pada 12 Oktober cuba menghubungi Mustafa di mana lelaki itu sekali lagi melafazkan cerai talak tiga terhadapnya melalui telefon.
"26 Oktober saya buat laporan polis terhadap suami dan keluarga mentua yang menceraikan saya dengan talak tiga serta meminta wang hantaran tambahan.
"Polis telah membuka kertas siasatan terhadap mereka. Saya hanya mahu menuntut keadilan," katanya.
Sumber: NDTV
from The Reporter https://ift.tt/2oATmqf
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment