Seorang lelaki berusia 39 tahun dari Jiangsu, China, mengalami sesak nafas selepas bangun dari tidur.
Difahamkan, lelaki yang dikenali sebagai Li itu gemar duduk dengan postur yang tidak betul di sofa sambil bermain telefon bimbitnya dalam tempoh masa lama.
Ketagihan Li itu membuatkan dia langsung tidak boleh berengang dengan telefon bimbitnya itu dan hanya melepaskan peranti itu apabila tiba waktu tidur.
Satu hari, ketika dia bangun dari tidur, dia terkejut apabila dia mengalami sesak nafas lalu segera pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Doktor berkata, punca Li menjadi seperti itu adalah kerana postur duduknya yang tidak betul sehingga menyebabkan saraf tunjangnya tertekan dan terjejas.
Li bernasib baik kerana dia datang mendapatkan rawatan lebih awal. Jika tidak, Li kemungkinan akan lumpuh seumur hidupnya.
Justeru, doktor menasihatkan orang ramai agar mengamalkan cara duduk yang betul ketika menggunakan telefon bimbit bagi mengelakkan masalah yang sama berulang.
Menurut doktor, pengguna telefon bimbit seringkali menundukkan kepala lebih rendah dari 60 darjah di mana ia boleh menyebabkan tekanan di bahagian tulang belakang yang seperti meletakkan bebanan 27 kilogram di belakang leher.
Sebaik-baiknya, gunakan telefon bimbit dengan cara yang betul dan pastikan peranti itu berada pada aras pengelihatan yang bersesuaian tanpa perlu menundukkan kepala secara keterlaluan. Malah, tahap keterangan cahaya peranti juga perlu diturunkan ketika penggunaan pada waktu malam agar tidak menjejaskan mata anda.
Sumber: TVBS, World of Buzz
from The Reporter http://bit.ly/2RAVFX7
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment