Home » , » 100 bekas kakitangan JASA bakal sertai BERSATU

100 bekas kakitangan JASA bakal sertai BERSATU

shamsulazlan | 05:20 | 0 comments

Lebih kurang 100 bekas kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dilaporkan bakal menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Rabu ini. 

Memetik laporan dari MalaysiaKini, pihaknya menerima surat siaran jemputan kepada media di mana sekumpulan individu berkenaan akan menyerahkan borang keahlian mereka dalam satu majlis yang akan diadakan di Shah Alam dan difahamkan setiausaha politik kepada perdana menteri, Abu Bakar Yahya akan menerima borang tersebut. 

JASA merupakan unit propaganda yang mempunyai 272 kakitangan bernaung di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia ketika di era pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN). JASA diketuai oleh bekas anggota majlis tertinggi UMNO, Mohd Puad Zakarshi dan bekas pengerusi unit media baru pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail. 

Bagaimanapun, selepas BN tewas di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lalu, Pakatan Harapan (PH) yang telah berjaya mendapat mandat mentadbir Putrajaya mengambil keputusan untuk membubarkan JASA. 

Anggota parlimen DAP, Lim Kit Siang pernah memaklumkan Puad dibayar gaji yang lebih tinggi daripada menteri kabinet, dan mendakwa ia bertujuan melindungi perdana menteri ketika itu, Najib Razak.

Sumber: MalaysiaKini


from The Reporter http://bit.ly/2LXjdji
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger