Menurut Farah, meskipun kecewa, dalam masa yang sama dia juga turut terasa geli hati dengan hasil suntingan video tersebut yang dianggap oleh pihak videographer sebagai 'unik'.
"Boleh pula masa laki sisi nak lafaz akad nikah, dia bubuh lagu Metallica guys. Macam mana aku nak sabar weh!" katanya.
Farah juga ada menghubungi videographer berkenaan dan meminta dia buat suntingan semula video tersebut dengan ikhlas. Ini kerana pakej yang dilanggan bukanlah harga beratus ringgit, tetapi beribu.
Namun, videographer itu mengatakan video tersebut unik, dengan alasan bahawa bukan semua editor boleh menghasilkan video animasi seperti itu.
"Weh! Video kahwin apa macam ni? Gambar blur, tak ada flow, lagu merepek. Lepas itu claim unik? Entah apa-apa la macam ni. I cannot brain, video kahwin kot?" kata netizen.
from The Reporter https://ift.tt/2O77ljd
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment