Seorang remaja berusia 16 tahun mendakwa diliwat di sebuah tandas pusat sukan di Mak Mandin, Pulau Pinang, Julai lalu, lapor Berita Harian.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa membuat laporan polis pada jam 9.44 malam Selasa berhubung kejadian yang menimpanya itu selepas video kejadian itu viral di media sosial.
Mangsa yang sudah tidak bersekolah sejak berusia 12 tahun itu mendakwa dia diliwat seorang remaja lelaki berumur 14 tahun sehingga menyebabkan suspek digantung sekolah.
"Mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar. Polis juga sudah menahan suspek berusia 14 tahun dan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/2EKSbvE
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment