Home » , » Pelajar saman guru tak datang kelas 7 bulan

Pelajar saman guru tak datang kelas 7 bulan

shamsulazlan | 07:08 | 0 comments

Seorang guru bahasa Inggeris disaman oleh pelajarnya atas dakwaan tidak masuk ke kelas selama tujuh bulan. 

Nafirah Siman, 18, dari SMK Taun Gasi, Kota Belud, Sabah meyaman bekas gurunya itu atas kejadian yang didakwa berlaku pada tahun 2015 ketika dia berada di tingkatan 4. Saman itu difailkan oleh tetuan Roxana & Co pada 16 Oktober lalu. 

Nafirah turut menamakan guru besar sekolah Suid Hanapi, SMK taun Gusidan pegawai pendidikan daerah Kota Belud, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan sebagai defendan. 

Semakan dengan daftar mahkamah menunjukkan, kes itu ditetapkan untuk sebutan kes pada 19 November depan. 

Dalam samannya, Nafirah mendakwa Jainal tidak hadir mengajar dari bulan Februari hingga Oktober 2015, kecuali pada satu minggu ketika pegawai kementerian melawat sekolah. 

Difahamkan, beberapa aduan pernah dibuat tetapi tiada sebarang tindakan diambil terhadap guru berkenaan. 

Selain itu, Nafirah mendakwa guru besar juga terlibat dalam menutup kes dengan memalsukan kedatangan yang hanya menunjukkan Jainal tidak hadir hanya dua bulan. 

Nafirah menuntut pengisytiharan bahawa defendan-defendan telah melanggar tugas statutori bawah Akta Pendidikan dan mencabul hak perlembagaannya bagi mendapatkan pendidikan. Remaja perempuan itu juga menuntut pengisytiharan terdapat pelanggaran tugas dan misfeasans di pejabat kerajaan. Remaja perempuan itu menuntut ganti rugi dan kos.

Sumber: MalaysiaKini


from The Reporter https://ift.tt/2DcXfaS
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger