Home » , » 9 Kelebihan Dato Seri Ti Lian Ker Dalam Kalanga 9 Calon Naib Presiden MCA Dalam Pemilihan Parti MCA 2018

9 Kelebihan Dato Seri Ti Lian Ker Dalam Kalanga 9 Calon Naib Presiden MCA Dalam Pemilihan Parti MCA 2018

shamsulazlan | 20:54 | 0 comments

Terdapat 9 calon yang akan bertanding dalam pemilihan Naib Presiden MCA kali ini.

1  TAN TEIK CHENG
2  TI LIAN KER
3 OOI SIEW KIM
4  EI KIM HOCK
5  LAU LEE
6 LIM CHIN FUI
7 YEW TEONG LOOK
8 TAN SEONG LIM
9 LIM BAN HONG

Setiap calon memiliki kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri. Namun begitu , salah satu calon yang mendapat perhatian The Coverage dalam pemilihan kali ini adalah Dato Ti Lian Ker.  Antara 9 calon yang bertanding kali ini Dato Ti Lian Ker memiliki banyak kelebihan yang diperlukan oleh MCA dalam proses membina kembali kegemilangan parti MCA yang kini berada dalam keadaan yang amat parah.

Profesional 

Beliau merupakan satu – satunya calon yang datangnya dari golongan profesional  ( peguam ) berbanding dengan calon yang lain dari latar belakang ahli perniagaan. Beliau merupakan seorang peguam graduan Universiti Malaya. Keadaan ini tidak bermakna kita perlu menolak calon yang lain hanya kerana mereka bukan datangnya dari golongan profesional. Keadaan ini hanya bermakna MCA memerlukan pemimpin yang datangnya daripada latar belakang yang pelbagai supaya komposisi 4 Naib Presiden nanti tidak semuanya datangnya dari pengalaman dan latar belakang yang hampir sama.

Sosial Media

Namun begitu , soal pengalaman dan latar belakang hanyalah sebagai mukadimah kerana kepentingannya masih lagi boleh lagi diperdebatkan. Apa yang tidak dapat disoal adalah kepentingan kemahiran dan kepimpinan sosial media dalam zaman politik yang sudah berubah. Beliau merupakan satu – satu calon dalam kalangan 9 calon di sini yang mahir dan berpengalaman dalam selok – belok sosial media. Beliau merupakan pemimpim MCA yang terawal yang memulakan blog sendiri seawal lebih daripada 10 tahun yang lalu. Sepanjang 10 tahun ini beliau sering menjadi konsultant , trainer dan penceramah dalam program sosial media dalam BN dan MCA.

Ahli – ahli MCA perlu sedar bahawa MCA pada hari ini adalah berbeza dengan MCA dahulu. Keadaan dan cabaran yang berbeza memerlukan kepimpinan yang berbeza. Sekirannya senarai keempat – empat lapisan Naib Presiden MCA yang akan datang kesemuanya tidak memiliki kepakaran dalam soal sosial media maka parti ini akan terus menjadi Nokia dan tidak lagi akan sesekali bangkit menjadi Samsung atau Apple dalam zaman politik kini yang sudah berbeza.

Lantang Bersuara

Oleh yang demikian , jika pada zaman dahulu terdapat suara tertentu bahawa kepimpinan Dato Seri Ti Lian Ker tidak sesuai hanya disebabkan beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat lantang bersuara dan sering kali memberi pendapat kritikal terhadap mana – mana parti politik atau pemimpin termasuk UMNO ketika MCA masih lagi berkuasa pada zaman dahulu kerana MCA memerlukan pemimpin yang lebih pasif demi kestabilan parti maka alasan ini tidak lagi munasabah pada situasi MCA kini. Parti pembangkang memerlukan seorang ikon pemimpin dan sanggup dan berani bersuara. Parti yang lemah memerlukan seorang pejuang politik yang berani berjuang dan bukannya pemimpin yang mendapat jawatan hanya demi memanaskan kerusi yang mereka duduki. Dalam sejarah parti politik mana – mana pembangkang di dunia datangnya dari pemimpin berkarisma yang sanggup dan berani bersuara. Tidak mungkin dalam perjuangan politik kali ini hanya duduk diam sahaja sesebuah parti ini akan mampu bangkit di arena politik.

Oleh sebab itu , beliau sering kali dijemput untuk berkempen dan berceramah untuk MCA dan BN pada zaman dahulu. Hal ini disebabkan parti MCA kekurangan pemimpin yang bukan sahaja berani bersuara tetapi pemimpin yang tidak mampu berceramah.

Umur

Dalam isu soal umur pula beliau merupakan pemimpin yang paling sesuai untuk menduduki jawatan yang kini dipertandingkan. Hal ini disebabkan ada dalam kalangan calon Naib Presiden yang kini dilihat sebagai terlalu tua dan ada pula yang terlalu muda dan mentah.

Pengalaman

Pengalaman beliau sebagai seorang politik adalah yang paling luas dalam kalangan calon – calon yang bertanding. Merupakan ahli jawatankuasa MCA yang paling lama , menjadi setiausaha bekas Menteri Besar Pahang , ahli didik beberapa veteran MCA yang terkenal , bekas pembantu salah seorang bekas Presiden MCA , menjadi ahli dewan undangan negeri sebanyak 2 kali , penasihat sosial media parti dan pelbagai lagi portfolio dan biro politik sepanjang karier politiknya yang sudah lebih daripada 25 tahun lamanya. Terkini beliau merupakan seorang senator. Oleh itu dari segi pengalaman politik tiada tandingnya calon – calon lain sekirannya hendak dibandingkan dengan Dato Ti.

Ada calon tertentu hanya memiliki pengalaman sebagai ahli dewan negeri tetapi tiada pengalaman lain seperti senator. Ada pula hanya sebagai hanya ahli perniagaan tetapi Dato Ti kini memiliki pengalaman profesional dan juga ahli perniagaan. Ada juga hanya sekadar Ketua Bahagian sahaja tetapi tidak memiliki pengalaman membantu kepimpinan tertinggi MCA dan juga UMNO. Ada juga memiliki pengalaman yang pelbagai tetapi tidak mahir dalam soal sosial media.

Kewibawaan Membina Kembali Parti MCA

Oleh itu , pengalaman Dato Ti Lian Ker adalah satu pakej dan pengalaman ini akan dapat digunakan untuk membantu membina kembali parti yang kini semakin lemah dan hampir maut. Pengalaman individu Dato Ti yang berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang karier politiknya juga boleh dikatakan sebagai kucing yang memiliki 9 nyawa. Pelbagai nama ,kuasa dan tokoh besar hendak menjatuhkan beliau tahun demi tahun tetapi akhirnya beliau bangkit menjadi lebih kuat seoalah – olah seokor kucing yang memiliki 9 nyawa dan seorang david slash goliath yang hebat. Pengalaman sebeginilah yang diperlukan untuk memberi nyawa kembali kepada MCA. MCA kini merupakan parti yang hampir berada di ambang maut dan memerlukan kepakaran David Slash Goliath dan kekentalan nyawa 9 kucing yang dimiliki oleh Dato Ti.

Setiap calon ada kewibaan mereka yang tersendiri tetapi bukan setiap calon memiliki pengalaman nyawa 9 kucing dan david slash goliath selama lebih daripada 10 tahun dalam politik dalaman Dato Ti. Sekirannya pengalaman individu ini dapat diterjemahkan kepada parti maka akan mampu memberi harapan dan nafas baharu kepada MCA.

Pembangkang Yang Lebih Kuat

Dalam kalangan 9 calon ini Dato Ti satu – satunya calon yang kini merupakan Senator di Dewan Negara. MCA perlu memberi satu platform kepimpinan dalam parti MCA untuk beliau meneruskan perjuangan beliau di Dewan Negara sebagai seorang Senator. Senator yang memiliki jawatan dalam parti akan melambangkan beliau mendapat sokongan parti untuk bersuara dan berjuang di Dewan Negara. Seorang senator yang tidak memiliki jawantan dalam parti akan dilihat sebagai harimau yang tidak bergigi. Bagaimana seekor harimau yang tidak bergigi akan mampu membaham kerajaan dengan effesien dalam soal check and balance politik? Endorsement beliau dalam parti adalah sangat penting kerana inilah gigi yang akan membekalkan kekuatan beliau dalam perjuangan politik negara.

Dalam pada itu , dalam kalangan semua calon yang bertanding kali adalah semuanya pemimpin yang hebat dan memiliki kepakaran mereka yang tersendiri. Apa yang mereka kurang adalah Style dan Aura kepimpinan pembangkang yang kini amat diperlukan oleh MCA. Aura dan Cara perjuangan dan pembawaan Dato Ti selama ini adalah amat sesuai sebagai seorang pemimpin pembangkan yang hebat dalam arena politik negara.

Bersih Dan Tidak Berskandal

Pemimpin yang memiliki liabiliti politik amat susah untuk bersuara dan berjuangan kerana tidak akan memiliki political capital dan polical trust atau political currency tetapi seorang pemimpin yang tidak pernah ada sebarang kontroversi dan skandal adalah kepimpinan yang amat diperlukan.

Menguasai Pelbagai Bahasa

Ada dalam kalangan calon hanya mampu bertutur dalam bahasa Mandarin tetapi kurang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Namun begitu , Dato Ti Lian Ker merupakan seorang pemimpin yang mampu menguasai dan fasih dalam pelbagai bahasa. Kelebihan ini akan menjadikan beliau merupakan seorang pemimpin yang lengkap dalam politik di negara kita. Beliau bukan sahaja fasih bertutur tetapi memiliki kemahiran untuk menulis sendiri dalam pelbagai bahasa. Beliau memiliki kolum beliau sendiri di Utusan Malaysia.

 

 

 

The post 9 Kelebihan Dato Seri Ti Lian Ker Dalam Kalanga 9 Calon Naib Presiden MCA Dalam Pemilihan Parti MCA 2018 appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM https://ift.tt/2EuLjCJ
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger