Home » , » Bapa jual bayi perempuan baru lahir RM24,000 sebab dia hanya mahukan bayi lelaki

Bapa jual bayi perempuan baru lahir RM24,000 sebab dia hanya mahukan bayi lelaki

shamsulazlan | 02:27 | 0 comments

Terdesak mahukan anak lelaki membuatkan si bapa ditahan selepas dia cuba menjual anak perempuannya dengan harga 40,000 yuan (RM24,000). 

Lelaki yang dikenali sebagai Xiaohui, menjual bayi perempuannya yang baru berusia 10 hari kepada sepasang suami isteri di Hubei, 1,200 kilometer dari kediaman mereka di Zhejiang, pada September lalu. 

Kehilangan bayi hanya dilaporkan kepada polis selepas ibu Xiaohui, Li, tidak dapat menemui cucunya beberapa kali setelah beberapa kali cuba datang melawat keluarga itu. 

Menurut Li, Xiaohui tidak membenarkan dia masuk ke dalam rumah ketika dia datang untuk melawat. Malah dia dipaksa oleh Xiaohui untuk meninggalkan makanan yang dimasaknya di depan pintu. 



Li akhirnya membuat laporan polis terhadap Xiaohui awal bulan ini selepas mendapati cucunya tidak berada di rumah itu lagi. 

Selepas ditahan, Xiaohui yang tidak bekerja mengaku telah menjual anak perempuannya kerana dia mahukan anak lelaki sebagai anak kedua. 

Polis kemudian menjejaki pasangan suami isteri bernama Zhang dan Xu dan berjaya ditahan pada 15 Oktober. 

Difahamkan, pasangan berkenaan gagal memperolehi zuriat selepas 10 tahun berkahwin lalu merancang untuk membeli bayi secara online. 


Bagaimanapun, bayi itu telah dipulangkan kepada keluarganya di Zhejiang. 

Sementara itu, netizen memuji tindakan pantas Li dan menyelar tindakan Xiaohui yang sanggup menjual anak demi keinginannya yang tidak masuk akal itu. 

"Nenek dia pro! Si bapak pula binatang, saya harap dia langsung tak diberikan zuriat. Mesti ibu dia rasa menyesal melahirkan dia." kata netizen.

Sumber: Next Shark


from The Reporter https://ift.tt/2QfvPUg
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger