Home » , » Mangsa berhenti kerja selepas dibelasah sekumpulan penunggang motosikal

Mangsa berhenti kerja selepas dibelasah sekumpulan penunggang motosikal

shamsulazlan | 07:01 | 0 comments

Susulan kejadian kakitangan Stesen Petronas Sungkai dibelasah sekumpulan penunggang motosikal hanya kerana perkara remeh, mangsa, Muhammad Ridwan Abdullah, 23, telah berhenti kerja, lapor Free Malaysia Today

Penyelianya, Erni Nadia Zahari berkata, Muhammad Ridwan telah bekerja di stesen itu hampir tiga tahun, mendapat surat berhenti darinya pada pagi tadi. 

'Ya betul, saya dah dapat surat berhenti yang dia beri. Saya dapat surat itu pagi tadi," katanya. 

Dalam kejadian 6 Oktober lalu, mangsa dibelasah sekumpulan penunggang motosikal hanya kerana dia menetapkan pengisian minyak RON95, bukannya RON97 seperti yang dikehendaki oleh suspek. 

Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, suspek hanya menyebut mahu mengisi minyak di Pam 6 tanpa memaklumkan jenis minyak yang dikehendaki. 

Suspek yang berang kemudian datang mengheret mangsa keluar sebelum menampar dan menerajang perut serta membaling air tin Power Root pada mangsa. 

Erni berkata, dia tidak dapat menghubungi Muhammad Ridwan sejak lewat malam tadi. Katanya, mangsa yang mempunyai STPM itu bekerja di situ untuk membantu menyara kehidupan keluarganya. 

"Dia kerja nak bantu sara adik-beradik dia sebab setahu saya, adik beradik dia memang ramai dan masih bersekolah. 

"Wan tiada masalah bekerja di sini, saya pun tidak boleh nak berbincang dan bercakap dengannya lebih lanjut kerana telefon bimbit dia tidak dapat dihubungi sejak semalam lagi," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian itu berlaku akibat salah faham dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. 

Bagaimanapun, pihaknya juga difahamkan mangsa turut mengeluarkan kata-kata kurang sopan sehingga menimbulkan salah faham. 

Juga difahamkan, polis telah mengambil keterangan dari kedua-dua pihak dan siasatan sedang dijalankan. 

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter https://ift.tt/2EopN2d
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger