Seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir dijumpai di dalam tandas perempuan di Hentian Rehat dan Rehat (R&R) Lanchang, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, bayi tersebut ditemui oleh orang awam di dalam tandas terbabit di hentian sebelah Lanchang menghala Kuala Lumpur.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood memberitahu pihaknya menerima panggilan daripada bilik kawalan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 pada jam 6 pagi tadi.
Menurutnya, dalam penemuan awal saksi, bayi tersebut ditemui di atas kabinet tandas dalam keadaan tidak berpakaian dan bernajis selain masih bertali pusat.
"Saksi memberitahu terdengar suara bayi menangis pada jam 4.30 pagi tetapi tidak mengendahkannya dan setengah jam kemudian kerana curiga, saksi pergi melihat dan menjumpai bayi itu di dalam tandas bernombor 11.
"Saksi mendapati bayi itu tidak memiliki sebarang kecederaan pada anggota badan," katanya kepada Sinar Harian.
Jelasnya, saksi kemudian mengambil kain pelikat dan telekung yang diambil dari surau untuk membalut bayi itu.
Ujarnya lagi, tiada kamera litar tertutup dan sebarang bukti yang ditinggalkan di kawasan sekitar.
"Bayi ini disyaki dilahirkan di tempat lain sebelum diletakkan di tandas berkenaan.
"Siasatan akan diteruskan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," jelasnya lagi. - Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/2yyksQ3
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment