Home » , » Jangan beli dan guna 14 produk kosmetik dikesan beracun ini

Jangan beli dan guna 14 produk kosmetik dikesan beracun ini

shamsulazlan | 22:34 | 0 comments

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan mengesan 14 produk kosmetik yang dijual di pasaran mengandungi racun berjadual. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, notifikasi produk-produk kosmetik berkenaan sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan kerana dikesan mengandungi bahan racun berjadual.

Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan diphenhydramine sepatutnya perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.


Produk tersebut termasuk Diamond Gold Skin Care - Diamond Gold Day Cream; Diamond Gold Skin Care - Diamond Gold Night Cream; Diamond Gold Skin Care - Diamond Gold Treatment Cream; Alora Night Glowing Cream; Karisma Nightcream Kunyit; Karisma Daycream dan Karisma Treatment Sarang Burung. 

Produk lain adalah Seputih Melati Night Cream Whitening; Seputih Melati Night Cream Glowing; Majaja Serum Channtiq; SYMA Magical Serum; SYMA Facial Cleanser; Khumaera Moistskin Cleanser dan Bao Shu Tang Snow Lotus Cream.















Justeru, NPRA menggesa orang awam tidak membeli dan menggunakan 14 produk beracun itu bagi mengelakkan masalah kesihatan di kemudian hari. 


from The Reporter https://ift.tt/2E7X0Py
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger