Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 pagi, 11 Julai lalu, si ibu mendapati anak lelakinya telah hilang, malah kunci keretanya juga tidak ditemui, lalu dia segera membuat laporan polis. Malangnya sudah terlambat apabila kanak-kanak lelaki itu telah memandu kereta ibunya.
Oleh kerana kanak-kanak itu rendah, dia tidak dapat menekan pedal brek lalu menyebabkan kereta itu hilang kawalan dan melanggar beberapa buah kenderaan lain.
Keseluruhan kejadian itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tempat letak kereta.
Berikutan kejadian itu, pihak polis telah menahan kanak-kanak terbabit untuk siasatan. Tetapi dia dibebaskan semula tidak beberapa lama selepas itu. Namun, ibu bapanya bakal didakwa tidak lama lagi.
Siasatan polis mendapati, kanak-kanak itu belajar cara-cara memandu melalui permainan video dan internet. Selepas mengambil kursus secara online, kanak-kanak kemudian mengambil keputusan untuk cuba memandu di dunia sebenar dengan menggunakan kereta ibunya.
from The Reporter https://ift.tt/2NjJesF
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment