Home » , » 'Maaf, no comment' - Sajat elak jawab dakwaan mohon tukar status jantina pada MyKad di Putrajaya

'Maaf, no comment' - Sajat elak jawab dakwaan mohon tukar status jantina pada MyKad di Putrajaya

shamsulazlan | 06:20 | 0 comments

Usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman didakwa telah menghantar permohonannya untuk menukar jantina pada kad pengenalan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya pada Jumaat lalu, lapor Harian Metro. 

Bagaimanapun, Sajat enggan memberikan sebarang komen mengenai dakwaan itu dan meminta semua pihak memberi ruang privasi kepadanya. 

"Maaf, no comment. Saya tak mahu komen apa-apa mengenai perkara itu. 

"Saya diam tidak bermakna saya buat. Tetapi lebih baik saya diam dan kita tunggu saja nanti," katanya. 

Menurut Sajat, dia kini mahu memberi fokus kepada masalah perniagaannya yang dihadapinya di mana salah seorang pekerja telah melakukan penyelewengan wang syarikat, menyebabkan dia menanggung kerugian yang besar. 

"Saya sangat serabut dan mohon untuk diberikan ruang privasi. Saya sedang selesaikan hal berkaitan syarikat ketika ini. 

"Salah seorang staff yang bekerja melakukan penyelewengan wang syarikat dan saya perlu menyelesaikan masalah ini dulu kerana menanggung kerugian yang banyak," katanya. 

Sementara itu, JPN Putrajaya mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan dari Sajat untuk mengubah status jantinanya pada kad pengenalan. 

Semakan JPN juga mendapati usahawan itu tidak membuat permohonan di Ibu Pejabat JPN Putrajaya seperti yang didakwa. 

Difahamkan, Sajat sebelum ini pernah memohon untuk mengubah status jantinanya pada MyKad, tetapi ditolak oleh JPN. 

Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya tidak menghalang individu yang mahu membuat permohonan menukar jantina mereka pada MyKad, namun perkara itu akan diteliti terlebih dahulu mengikut prosedur yang ditetapkan. 

“Dalam proses permohonan penukaran jantina (pada MyKad), ada beberapa aspek akan dilihat iaitu dokumen kelahiran yang disahkan oleh doktor.

“Di dalam sijil kelahiran terdapat tiga kategori jantina yang diletakkan iaitu lelaki, perempuan dan diragui.

“Sekiranya jantina individu berkenaan (yang memohon menukar jantina pada MyKad) disahkan oleh doktor sebagai kategori diragui, mereka boleh mengemukakan permohonan untuk memilih salah satu jantina lebih dominan apabila sudah dewasa," katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan menolak permohonan daripada individu yang sudah disahkan jantinanya sejak dilahirkan oleh doktor seperti tertera pada sijil lahir.

“Sebelum ini, kami pernah menerima permohonan daripada individu yang mahu menukar jantina asal pada dokumen mereka, namun ditolak kerana perkara itu bertentangan dengan dasar JPN.

“Kalau dalam sijil lahir mereka, jantina adalah lelaki, maka kami tidak akan menerima permohonan individu berkenaan untuk menukar jantina sebagai perempuan dalam sebarang dokumen,” katanya.


from The Reporter https://ift.tt/2AdCawb
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger