Apabila bawa anak-anak ke tempat awam, awasi dan larang mereka dari melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan rasa kurang selesa kepada orang lain. "Eleh, kau belum ada anak, senanglah cakap". Tak perlu ada anak baru tahu apa yang ibu bapa rasa. Ayat seperti itu tidak wajar dijadikan alasan untuk melepaskan diri.
Dalam insiden yang berlaku baru-baru ini, seorang wanita yang mahu membuat pembayaran kad kreditnya terbantut apabila suis mesin deposit telah dipadamkan oleh kanak-kanak yang turut berada di premis bank tersebut. Akibatnya, beliau terpaksa mengambil cuti untuk mendapatkan semula wangnya yang tersangkut dalam mesin tersebut.
KISAH tragis di malam hari. Tadi saya pergi ke Bank Rakyat Presint 15, nak bayar hutang kad kredit. Dalam masa yang sama, ada sepasang suami isteri sedang berurus niaga di mesin deposit, bersama dengan anak lelaki berusia lingkungan 3-4 tahun. Boleh tahan lasaknya, panjat sana sini dan saya perhatikan saja.
Setelah ibunya selesai berurus niaga di mesin deposit, beralih pula ke mesin ATM pula. Saya pun ambil giliran nak masukkan kad kredit dan depositkan wang bayaran.
Si budak ini tadi sibuk masuk celah-celah mesin deposit itu. Ingatkan dia saja menyelit, tiba-tiba PAP! Mesin deposit terus gelap! Nah! Ambik hang!
Anak bertuah ini dah tutup suis mesin ini. Ya ampun! Duit saya masih berada dalam mesin itu. Si bapa dah hangin dengan anaknya itu. Eleh? Baru nak hangin? Tadi bukan nak kepong anak pun. Anak awka panjat kerusi, tekan-tekan mesin ATM, tak ada pun awak bagi sedas pada tangan dia?
Saya suruh bapa dia hidupkan semula mesin deposit itu. Bila dah dihidupkan, habis duit saya ditelan mesin.
Saya buat panggil ke pusat khidmat pelanggan Bank Rakyat. Menurut pegawainya, dia tidak dapat berbuat apa-apa dan saya perlu pergi membuat aduan di cawangan Bank Rakyat ini dan akan dapat semula wang yang ditelan.
Huwaaaa! Tak pasal-pasal dah menyusahkan pula. Saya kerja di Kuala Lumpur, bukan kerja di Putrajaya yang boleh lari sekejap ke bank. Terpaksalah saya ambil cuti untuk menguruskan hal ini.
Kepada ibu bapa yang anaknya tengah melasak begini, minta tolonglah awasi anak-anak anda. Jangan sampai mereka menyusahkan orang. Kalau nak teman isteri keluarkan duit pun, tolonglah awasi anak yang jenis tak reti duduk diam itu.
Tak tahu nak kata apa dah, urut dada sajalah. Nak marah pun, budak kecil. Jadikan pengajaran, jagalah anak elok-elok. Budak-budak memanglah budak, sifatnya nak meneroka apa saja. Tetapi tengoklah tempat, tempat ada mesin ATM dan orang berurusan keluar masuk duit. Ajarlah anak pandai membawa diri.
Ada tempat dia boleh melasak, main sepuas hati, ada tempat yang dia kena senyap, tertib, hormat orang lain. Bukannya awka nampak anak awak panjat, awak pula cakap manja-manja, "Janganlah panjat, nnati jatuh!".
Beritahulah dengan tegas, "Ini bukan tempat memanjat, ini bukan tempat bermain!". Tanam dan didik anak sepatutnya mana tempat bermain, mana tempat yang kena duduk elok-elok.
Percayalah kalau mereka dididik dari kecil, dia akan faham. Jangan bila anak dah umur 3-4 tahun, baru nak mulut. Dah terlambat kalau begitu, terlambat!
Kes tadi, saya senyum sajalah. Tergamam tak tahu nak kata apa. Balik rumah, stress rasanya.
Sumber: Pnut Syafinaz
from The Reporter https://ift.tt/2NZ9oBv
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment