Dalam kejadian pukul 3.15 petang itu, mangsa, wanita berusia 31 tahun itu sedang berjalan kaki di belakang pusat membeli belah Boulevard Mall Miri di sini sebelum dihampiri suspek dari arah belakang dan meragut beg tangan mangsa.
Bagaimanapun, mangsa terjatuh atas jalan dan rambutnya tersangkut pada roda motosikal dan diseret sebelum suspek turut terjatuh dari motosikal.
Akibat berang dengan perbuatan kejam itu, orang awam di tempat kejadian bertindak membelasah suspek dengan teruk sebelum menyerahkannya kepada polis.
Leong berkata mangsa hanya mengalami sedikit kecederaan manakala suspek berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Sumber: Bernama, mStar Online
from The Reporter https://ift.tt/2uTplkL
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment