SALAM sejahtera. Niat aku buka bebenang ini nak ceritakan kisah aku yang jadi Penyelia Asrama. Kalau tak seram itu, mohon maaflah. Aku baru saja mula bekerja sebagai Penyelia Asrama dalam awal tahun lepas. Penempatan pertama di kawasan Kuala Lumpur. Tapi masa di Kuala Lumpur, tak banyak kisah mistik yang aku lalui. Aku mula lalui kisah mistik ini bila aku dipindahkan ke sebuah hospital di selatan tanah air.
Mula-mula aku masuk sini, okey saja, tak ada rasa seram. Mula-mula aku masuk asrama ini, dah lama tak ada penganti penyelia asrama. Jadi yang jaga asrama ini cuma staff hospital yang biasa, bukan title penyelia pun. Aku panggil dia sebagai Kak J.
Masa aku datang sini mula-mula itu aku dah bertanya dengan akak itu apakah di sini ada sebarang masalah ke apa? Dia kata sini okey dan tiada masalah. Tetapi semenjak tiga bulan aku beekrja, aku pelik kenapa cleaner di sini asyik bertukar saja. Dah empat orang cleaner bertukar ganti.
Pada awalnya aku tak suspek apa-apa. Kemudian datang dua orang cleaner baru (sebelum ini cleaner seorang saja yang bersihkan asrama) seorang makcik Melayu dan seorang lagi makcik India. Mereka berduai ni rajin bekerja. Tetapi lama kelamaan itu, aku perhatikan mereka dok sok sek sok sek dengan Kak J tu.
Satu hari itu, aku pun pergi mencelah apa yang diorang cakap. Yelah, dah nama penyelia, mestilah kena ambil tahu masalah di sini. Kemudian barulah diorang buka cerita yang diorang pernah kena kacau ketika sedang mencuci asrama ini.
Kisahnya bermula apabila makcik H (cleaner Melayu) dan makcik B (cleaner India) ini tengah dok bersihkan bilik-bilik. Contoh gangguan yang dialami, pili air dah ditutup tetapi dibuka semula, pintu terhempas sendiri, tengah-tengah matahari panas terik, tiba-tiba rasa sejuk nampak penjelmaan dan macam-macam lagi.
Jadi, dari cerita-cerita itu aku dah tahu masalah di sini. Jadi, aku desak Kak J cerita kepada aku tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh cleaner sebelum ini. Maka dia pun bercerita yang cleaner sebelum ini semuanya berbangsa India juga mengalami gangguan yang sama. Diorang nampak budak-budak berlari, nampak anjing hitam ditolak, pendek kata bermacam-macam yang diorang nampak. Disebabkan diorang tak dapat bertahan, akhirnya diorang berhenti.
Kisahnya tidak habis di situ saja. Kak J kata, penyelia lama akan buat bacaan yassin dengan budak-budak nurse setiap hari Khamis. Disebabkan kebetulan tengah ada intake, aku ajak budak-budak buat bacaan yassin. Alhamdulillah dalam seminggu juga cleaner tak complaint apa-apa. Aku pula, semenjak bekerja di sini, badan aku kerap sakit-sakit bila bangun pagi.
Untuk makluman, aku dah dekat dua tahun berkahwin dan kali ini baru dapat transfer dan duduk sekali bersama suami. Jadi mula-mula aku ingat sakit-sakit badan ini mungkin sebab kena menjalankan tugas suri rumah dan kerja. Mungkin badan masih belum dapat membiasakan diri.
Tetapi lama kelamaan sakitnya semakin menjadi-jadi terutama sekali di bahagian bahu. Sakitnya alahai. Badan pun rasa berat nak bawa. Aku fikirkan hati senang, badan pun naik. Aku timbang-timbang, berat badan kekal, tetapi aku diamkan saja. Buat tak layan saja dengan sakit itu.
Satu hari aku tergerak nak cerita kepada Kak J sebab nak tanya mana tempat mengurut yang bagus dan aku beritahu badan aku terutamanya di bahagian baru terasa sakit. Dia pun kata badannya juga mengalami masalah yang sama.
Selepas yang aku buat bacaan yassin itu dalam seminggu, keadaan tenang. Selepas itu makcik complaint lagi. Makcik H masuk pejabat aku dan dia kata, "Puan, tadi masa makcik bersih bilik air atas, nampak pelesit, puan." relaks saja dia cerita kepada aku yang dah mula cuak dengar ceritanya.
Untuk pengetahuan, makcik H ini adalah bekas guru mengaji, mungkin sebab itu dia kurang takut. Makcik ini minta aku belikan penyapu lidi, untuk apa pun aku tak tahu. Beberapa hari selepas itu, makcik B pula beritahu, Makcik H bersih sebelah dia tetapi dia nampak makcik H ini dok bangunan sebelah sana (makluman, asrama aku bentuk petak). Habis, dengan siapa dia dok bersembang-sembang?
Keesokan harinya dia terus demam dan beritahu aku yang dia nak berhenti kerja. Susahlah aku kalau cleaner berhenti kerja sebab next week ramai student nak masuk dan bilik perlu dibersihkan.
Keesokan harinya dia terus demam dan beritahu aku yang dia nak berhenti kerja. Susahlah aku kalau cleaner berhenti kerja sebab next week ramai student nak masuk dan bilik perlu dibersihkan.
So bincang punya bincang dengan matron, kitorang decide pasang radio ayat-ayat ruqyah. Pasang kuat-kuat setiap pagi dan juga gantung surah-surah di bilik-bilik. Yang memeranjatkan aku, aku gantung tak sampai 10 minit dah terjatuh. Aku gantung, jatuh balik. Sampai aku naik fedup, aku paku banyak-banyak. Hammek kau! Nak jatuh sangat!
So aku ingat kuranglah kan, pun jadi juga. Makcik H ini cuba juga percik-percik air yassin dalam bilik bila dia tengah cuci, pun melawan juga. Makcik cleaner dua orang ini hari-hari cakap kat aku setiap kali mereka bersihkan bilik ada terjumpa rambut bergulung-gulung. Padahal tiada orang di bilik.
Yang kerap terkena ialah makcik B. Kerap betul dia kena kacau seperti, terdengar budak-budak bermain cak-cak dalam bilik jemuran, pintu dihempas atau ditolak dan macam-macam lagi. Aku ini pula, setiap kali aku nak panggil ustaz macam ada satu perasaan halang aku dan tak bagi panggil ustaz.
Ada seorang doktor perempuan yang sudah lama duduk di asrama, hampir setahun kerana dia buat attachment. Mula-mula dia tak cerita apa-apa tetapi dia akan komplen bilik air dia kerap tersumbat. Bagi aku sebagai penyelia kena buat aduan. Datang budak-budak mentenen korek-korek tempat keluar air itu penuh dengan rambut bergumpal-gumpal. Lubang itu besar, bayangkanlah berapa banyak rambut tu.
So bila dah selesai, aku beritahu doktor itu, "Panjang betul rambut doktor ye? Yang tersumbat itu rambut doktor..". Doktor itu hanya mendiamkan diri.
Begitulah setiap bulan sehinggalah dua bulan terakhir dia berada di situ, dia pun akhirnya buka mulut.
"Puan, sebenarnya rambut saya pendek saja dan selepas kes selalu tersumbat itu, saya cuci rambut di sinki saja," katanya.
Aku terus terdiam, terkejut punya pasal kan. Habis, rambut siapa yang dok berlongok banyak-banyak itu?
Doktor itu kata, hampir setahun dia duduk di asrama ini dan tidur malamnya lena dan segalanya okey. Cuma dia tidak tahu kenapa bilik airnya bermasalah. Dua hari sebelum dia keluar berjumpa dengan aku, seperti yang aku cakap sebelum ini, dia tidur lena dan tiada mengalami sebarang mimpi pelik-pelik. Malam tadi dia kata dia bermimpi berjumpa dengan seorang budak perempuan India, rambut lebat paras bahu. Dalam mimpi itu dia kata, kita budak perempuan itu sedih.

Budak itu hidup dalam era selepas penjajahan Jepun. Dia tunjuk kepada doktor itu keluarga dia susah, dia ada adik perempuan dan macam-macam lagilah. Dalam mimpi itu, doktor rasa kasihan pada budak itu. Dia mandikan budak itu, lap rambut budak itu. Budak itu macam suka pada doktor ini. Doktor ini pua memang baik cakapnya lemah lembut dan penuh sifat keibuan.
Selepas itu, doktor terjaga lama dan duduk termenung di katil. Dia kata mimpi itu mimpi yang dia langsung tak takut tetapi berasa kasihan sangat-sangat. Bila dia cerita begitu, aku terus teringat kisah-kisah cleaner aku yang sebelum-sebelum ini. Kalau korang perhati yang banyak kena kacau cleaner India nampak budak-budak main cak-cak, jumpa rambut gumpal-gumpal dalam bilik-bilik, dalam bilik air doktor which is mempunyai kaitan dengan mimpi doktor ini. Tetapi aku tak nak fikirlah sebab mimpi itu kan mainan tidur.
Doktor itu check out semasa aku bercuti. Jadi aku tak sempat berjumpa dengan doktor itu. Dia cuma serahkan kunci kepada pengawal keselamatan. Kebiasaan yang aku buat setiap kali orang keluar, sebelum cleaner masuk, aku akan masuk dulu jika ada apa-apa barang yang tertinggal. Sebab doktor itu pesan pada pengawal keselamatan, memang dia ada tinggalkan barang dan sesiapa pun boleh ambil.
Disebabkan aku tahu bilik itu ada masalah, jadi aku tak adalah nak naik seorang diri. Aku dengan cleaner dua orang naik. Aku yang buka pintu dulu, bagi salam dan masuk. Seperti yang doktor itu kata, memang ada banyak barang dia tinggal. Antaranya ampai sejadah, tikar, kertas-kertas kerja dia dan beberapa barang yang dia noted as hadiah untuk semua orang. Aku beritahu makcik-makcik cleaner boleh ambil mana-mana barang yang dia tinggalkan sebab dia dah beri keizinan untuk berbuat demikian.
Ketika makcik itu sedang sibuk mengagih-agihkan barang, tiba-tiba... DUMMMM!!! Pintu bilik air terhempas kuat. Aku terkejut gila! Tapi aku tengok makcik dua orang ini relaks saja macam tak ada dengar apa-apa. Terus aku rasa seram sejuk. Aku cakap pada makcik yang aku nak turun ke bawah, ada kerja di pejabat dan diorang teruskan kerja bersihkan bilik. Aku pun bawalah turun barang-barang yang dia beri sebagai hadiah itu.

Dalam pejabat, aku menjadi tak tentu arah. Badan menggigil-gigil, rasa sejuk saja. Aku keluar ke depan berjumpa dengan pengawal keselamatan. Saja nak bersembang dengan dia sebab aku fikir mungkin rasa sejuk disebabkan pendingin hawa.
Pengawal keselamatan itu pula yang tegur kenapa muka aku kelihatan pucat. Kebetulan Kak J ambil cuti seminggu nak menguruskan anak-anak masuk sekolah, terus aku call Kak J dan suami aku suruh datang sebab aku rasa betul-betul tak larat. Lutut dah rasa menggigil-gigil. Kak J pula panggil ustaz datang sebab aku ceritakan kepada dia apa yang telah berlaku.
Mula-mula ustaz sampai dulu. Aku panggil dua orang cleaner yang sedang cuci bilik doktor itu turun. So aku cerita kepada cleaner dan suruh cleaner bawa ustaz itu keliling asrama. Kak J pun ikut sekali. Aku tak ikut, duduk menunggu suami di pondok pengawal keselamatan sebab aku fikir nak balik saja masa itu.
Bila dah selesai keliling asrama, aku tanya ustaz ada masalah ke tidak. Dia kata ada lebih kurang 18 tempat benda itu duduk. Jadi, aku suruh dia halau. Dia kata barang tak ada, jadi terpaksa tunggu esok pagi dia datang lagi. Dia suruh aku sediakan barang-barangnya.
Aku beritahu makcik dua orang itu tak perlu cuci bilik doktor itu. Nanti baru buat. Selepas itu ustaz suruh aku duduk, dia kata badan aku ada menumpang. Masa dia sedang membaca sesuatu, badan aku dah rasa panas. Bila dia pegang bawah telinga aku dah macam tak boleh kawal gerak geri aku. Ini apa yang diceritakan oleh Kak J semasa ustaz itu pulihkan aku. Yelah, sebab aku mana ingat apa dah.
Kak J kata aku banyak menjerit dan cakap "Jangan kacau tempat aku!!!". Bila disuruh mengucap, aku ketawa. Sampailah ustaz itu pulihkan aku betul-betul. Suami aku tanya ustsaz, apa masalah yang sebenarnya berlaku pada aku.
"Benda itu selama ini menumpang di atas bahu dia. Itu yang menyebabkan dia kerap sakit-sakit badan." katanya.
Makcik cleaner ini pula kata, selepas aku beri arahan tak perlu cuci bilik doktor itu, dia naik atas semula nak ambil barang-barang dia. Makcik H sebelum aku panggil dia cuci bilik, masa nak pergi ambil tu, pintu tak boleh buka pula. Macam-macam cara digunakan, akhirnya makcik H cakap saya datang nak cari rezeki, saya tak nak kacau sesiapa. Tolong jangan kacau saya!" katanya sambil baca sikit-sikit, terus pintu itu terbuka sendiri.
Aku dapat MC duah hari selepas dirawat ustaz itu. Suami bawa aku balik ke kampung dia untuk diurut sebab badan aku jadi lemah dan sakit badan seperti baru lepas terjatuh. Bidan yang mengurut aku pun cakap benda yang sama seperti ustaz itu cakap pada hal aku. Padahal aku tak cerita apa-apa pun pada dia.
Keesokan harinya, suami ambil cuti dan sediakan barang-barang. Pagi-pagi itu, ustaz datang. Malangnya ustaz itu pergi bantai makan seafood dinner semalam. Dia kata hari ini dia gout pula. Tak boleh nak naik level dua asrama. Hampeh betul. Jadi, dia tarik dari jauh saja. Kemudian tabur-tabur garam di sekeliling asrama. Sebelum balik, dia pesan kalau ada apa-apa, maklumkan kepada dia.
Walaupun aku dapat MC, aku tak balik rumah selepas ustaz selesaikan kerja dia sebab aku kena selesaikan beberapa perkara dulu. Dalam tengah hari itu, aku duduk dalam pejabat, uruskan kerja. Kak J dan makcik H pun ada. Diorang berbual mengenai kejadian yang lepas-lepas.
Dalam ketika kami semua sibuk dengan urusan masing-masing, tiba-tiba terdengar, "SREETTTT DUMMMM!!!" Seperti ada orang menarik perabot dan pintu ditolak dengan kuat. Gayanya seperti orang yang sedang pindahkan barang-barang dalam rumah.
Makcik H kata, 'diorang' tengah dok kemas baranglah nak pindah, dah tak ada tempat nak tinggal lagi. Kejadian ini berlarutan sehingga jam 2 petang dan selepas itu tiada dengar apa-apa bunyi dah.
Jadi, aku ingatkan dah selesai sambil terfikir manalah 'benda' itu nak duduk selepas ini. Rupa-rupanya, keesokan harinya semasa aku punch card, kecoh dok kata wad sebelah asrama malam tadi ngaruk sakan. Pasu-pasu besar semua terbalik. Gila kau, pasu itu besar kot kalau orang nak tolak pun, perlukan kudrat dua ke tiga orang lelaki. Kerusi meja macam kena ribut.
Yang standby syif malam, tiga orang nurse saja. Memang pucatlah muka diorang. Aku dengar saja sebab makcik-makcik yang dok kepoh cerita ini tak tahu yang siang sebelum kejadian itu, aku ada panggil ustaz halau benda-benda itu. Jadi, mungkin 'dia' pindah ke wad sebelah kot. Dia ubah habis semua meja dan kerusi ikut cita rasa dia agaknya.
Tetapi selepas panggil ustaz itu, hati aku masih tak tenang dan sentiasa rasa takut. Pen terjatuh pun aku terkejut dan jantung berdegup laju. Rasa macam keadaan asrama ini tak syok. Tak macam feeling aku rasa macam selepas buat bacaan yassin dulu. Rupa-rupanya tak semua yang pindah. Makcik-makcik itu kata masih ada lagi mengalami gangguan, malah semakin kuat.
Akhirnya kejadian ini sampai ke pengetahuan pengarah. Jadi, dia cakap boleh buat bacaan yassin dan solat hajat dengan menjemput kakitangan hospital. Hari Khamis itu, ramai-ramai semua turun ke asrama pagi itu untuk buat bacaan yassin dan solat hajat. Selepas itu, kakitangan lelaki azankan setiap penjuru asrama.
Korang tahu tak, masa tengah azan pun benda itu melawan. Aku beritahu kat seorang staff itu suruh azankan bilik doktor yang baru berpindah itu. Kak J naiklah ke atas untuk buka pintu. Tengah-tengah budak itu azan, Kak J muka dah pucat. Dia turun pun dia asyik cakap sejuk-sejuk. Budak yang tolong azankan bilik itu pun kata bilik itu semacam saja. Suara budak yang azankan itu pun getar dia lain macam.
Iman yang solat hajat tadi pula yang tolong pulihkan Kak J. Rupanya badan Kak J tengah kotor, mungkin terkena tempias dia lalu ke apa, aku pun tak tahu. Tapi masa tempoh imam pulihkan Kak J, sambil salah seorang kakitangan azankan, Kak J senyum saja tak cakap apa-apa. Aku yang dok dekat ini rasa lain macam saja.

Ada seorang staff ambil lada hitam, kemudian gesek-gesek di tangan Kak J. Boleh Kak J tepis dengan wajahnya seperti marah. Selepas Imam dah pulihkan, Kak J pun okey. Sebelum budak-budak yang tolong azankan balik tadi dia beritahu aku, "Kak, kitorang nampak rambut panjang kak di atas.
Selepas solat hajat, keadaan kembali tenang beberapa minggu. Namun ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kejadian usik mengusik ini masih berlaku dan ianya semakin teruk. Sesiapa saja yang menginap, mesti akan diganggu.
Ada dua orang doktor mengadu di dalam bilik dia ada kesan tapak kaki di depan pintu bilik. Budak-budak maintenance datang tukar lampu di tingkat atas. Pada mulanya, dua budak maintenance yang datang pergi tukar lampu di tingkat atas. Tak sampai dua minit kemudian, kedua-duanya turun berpeluh-peluh. Aku tanya kenapa, diorang diam saja. Aku peliklah, apa hal nak tukar lampu sebatang saja, kena sampai empat orang?
Kemudian barulah dia cerita yang dia kena kacau masa tengah buka lampu tadi. Itulah, siapa suruh bising-bising, menyanyilah, apalah, kan dia dah marah.
So dah banyak sangat komplen yang aku dapat, aku call balik ustaz itu suruh dia datang. Kali ini aku pesan, "Ustaz jangan makan seafood, nanti nak naik tangga susah.".
Alhamdulillah kali ini dia tak makan seafood. So dia bersama dua makcik cleaner dan pengawal keselamatan keliling asrama lagi. Kali ini ustaz bawa botol. Dulu itu dia tarik-tarik halau saja. Bilik yang dia rasa ada aura, dia suruh buka. Akhir sekali barulah pergi ke area bilik doktor tu. Di depan bilik dua ada jemuran yang selalu cleaner complaint ada budak main cak-cak.
Masa ustaz itu sampai, dia kata sini ada budak berambut panjang. Aku tak beritahu pun lagi dia dah tahu. Padahal tak cerita apa pun pasal budak itu kepada ustaz.
Budak ini suak merayau merata-rata, main-main air. Yang dalam bilik doktor itu, nenek tua yang tak boleh berjalan. Mengensot saja di ruang tamu. Aku tanya ustazm muka dia macam mana. Katanya, kalau dia beritahu nanti tak dapat tidur malam. Hahaha.
Bilik doktor itu pula berselerak, sedangkan hari itu cleaner dah kemaskan sikit dan doktor itu tinggalkan bilik bukan dalam keadaan berselerak.
Selepas saja panggil ustaz dan solat hajat bagai, benda-benda ini macam seperti suka singgah-singgah saja. tetapi adalah yang kena kacau cuma tak seteruk dulu. Yelah, asrama ini kalau ada intake, barulah ada orang kan. Banyak lagilah kejadian-kejadian pelik yang berlaku bukan sahaja di asrama, tetapi di wad-wad pun ada juga. Setakat ini saja yang aku mampu ingat nak kongsikan. Begitulah kisah hidup aku sebagai penjaga asrama. Sekian.
Sumber: monxys
from The Reporter https://ift.tt/2AgdtPR
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment