Home » , » Budak 2 tahun maut akibat Pneumonia, bukan HFMD

Budak 2 tahun maut akibat Pneumonia, bukan HFMD

shamsulazlan | 04:06 | 0 comments

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan, kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan dari Kampung Pangtray, Daro, Sarawak yang meninggal dunia semalam akibat jangkitan paru-paru yang teruk (severe pneumonia), bukannya kerana penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) seperti yang dilapor media sebelum ini. 

Memetik kenyataan beliau dari Astro Awani, Noor Hisham berkata, HFMD itu adalah antara penyebab jangkitan paru-paru. Siasatan dan kajian makmal masih lagi dijalankan. 

"Punca kematian adalah disebabkan oleh pneumonia. Mangsa sebelum ini menghidap HFMD. Siasatan dan kajian makmal masih lagi diteruskan," katanya.

Semalam, Farhan Lukman Abdullah dilaporkan meninggal dunia kerana HFMD. Mangsa dilaporkan mula mengalami demam pada Selasa lalu dan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam di tapak tangan, kaki serta ulser dalam mulut pada keesokkan harinya. 

Farhan kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Daro sebelum dirujuk ke Hospital Daro. Keadaan mangsa yang tidak stabil menyebabkan dia dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut dan meninggal dunia pada jam 2.08 pagi semalam. 

Ibunya, Mastura Ali, 33, berkata, anaknya sebelum itu memang aktif dan sering bermain dengan kakaknya. Namun keadaan Farhan menjadi lemah dan hilang selera makan pada Selasa. 

Pada sebelah malam pula, Farhan sering menangis dan tidak boleh tidur lena.   Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lemang Pek pada jam 2.30 petang semalam.

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter https://ift.tt/2LzHS0E
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger