Home » , » Dibelasah Selepas Didakwa Penculik Kanak-Kanak

Dibelasah Selepas Didakwa Penculik Kanak-Kanak

shamsulazlan | 23:23 | 0 comments

SEORANG lelaki telah dibelasah dengan kejam selepas disangka penculik kanak-kanak perempuan di sebuah kampung di China.

Ketika kejadian lelaki yang berusia 22 tahun itu membawa kanak-kanak terbabit memancing ikan di sungai dan kemudian menonton pertandingan bola sepak.

Akibat dibelasah, tangan dan kakinya berdarah selepas dipukul dengan besi . Penduduk juga memaksanya memegang papan tanda tertulis `penyeludup kanak-kanak’.

Polis bagaimanapun memberitahu, tidak ada bukti bahawa lelaki itu mahu menculik kanak-kanak terbabit. Lelaki tersebut juga memaklumkan dia merupakan pekerja pembinaan di kawasan berhampiran dan menyewa flat di situ.

Dia bertemu dengan kanak-kanak terbabit di rumah orang-orang tua dan mengajak kanak-kanak itu menonton bola.

Video dia dipukul telah disebarkan menerusi Pear Video. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Zhang.

 

The post Dibelasah Selepas Didakwa Penculik Kanak-Kanak appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2hxQrLF
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger