KUALA LUMPUR - Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Bala MK, menasihatkan para pengguna Lebuhraya Karak berhati-hati berikutan beberapa buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di Kilometer 75.
Dakwa Bala, kejadian itu berpunca dari individu yang tidak bertanggungjawab mencurahkan minyak di tengah jalan selekoh tersebut agar kereta yang melaluinya hilang kawalan dan kemalangan.
Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik oleh Bala, sekurang-kurangnya empat buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan yang disengajakan itu. Kesemua mangsa dipercayai hilang kawalan di selekoh tersebut lalu melanggar penghadang jalan.
Sementara itu di media sosial, netizen berkongsikan pengalaman mereka yang juga mengalami kejadian yang sama.
"Hari itu saya kena di Kilometer 76 Lebuhraya Karak, minggu lepas, raya kedua jam 6 pagi ketika nak balik dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Berpusing kereta langgar penghadang jalan. Nasib baik tak jadi apa-apa. Kereta teruk, kena tarik dengan towing biru inilah.
"Berhati-hatilah bagi yang guna Lebuhraya Karak. Memang lalu atas minyak sebab bila saya tekan brek, kereta terus berpusing. Tiga buah kereta berpusing. Saya kereta pertama, yang kedua Proton Saga dan yang ketiga tak pasti kereta apa. Yang teruk, kereta saya," kata Anis Razak.
"2 Julai 2017, kawan aku tunggan Z1,000 kemalangan di Kilometer 74, ngam-ngam di tempat seperti yang ditunjukkan pada gambar ini. Kes kereta dari lorong kanan licin terbabas lalu masuk lorong kiri menghentam kawan aku dari belakang. Dia bernasib baik sebab dia lepas motosikal dan masa itu pun kami slow.
"Masa saya berjalan menghampiri kawan aku yang kemalangan itu, kasut aku licin. Memang sah ada orang tuang minyak. Alhamdulillah kawan aku dan pemandu kereta yang terbabas itu selamat.
"Tak sampai lima minit kemalangan, ada geng towing yang mana aku rasa geng ini yang curah minyak, berhenti di tempat kejadian dan menghubungi kereta towing. Aku kata tak payah nak makan duit, kereta boleh jalan dan motosikal kawan aku boleh towing guna kaki sampai Tol Karak.
"Menyirap geng towing itu dan dia terus blah. Dan teka apa? Sebelum kawan aku kemalangan, dalam jam 7 petang itu ada sebuah kereta Proton Waja berpusing di situ juga. Jam 9 malam di Kilomter 75, berpusing lagi sebuah kereta Perodua Alza.
"Jadi pesan saya, jangan terlalu yakin dengan geng towing. Panggil polis datang ke tempat kejadian. Nak tengok diorang punya menggelupur. Hati-hati, tawakal dan doa sebelum memulakan perjalanan," kata Mohammad Fauzi Rozali.
from The Reporter http://ift.tt/2sK5fWQ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment