Ada sesiapa yang sering follow artis-artis di Malaysia tidak? Beberapa hari yang lalu, Janna Nick, seorang pelakon lokal telah mengatakan bahawa filem Dunkirk tidak begitu menarik bagi beliau. Janna Nick telah mengaku tertidur selepas membeli tiket filem itu dan mengatakan bahawa filem itu tidak cukup menarik sebagai caption sebuah gambarnya di Instagram (pada masa kini telah dibuang).
Tidak lama selepas itu, netizen di Twitterjaya dan Facebook telah mengkritik pandangan Janna Nick. Seorang guru yang bernama Mohd Zailee telah membawa kritikan dia sendiri di Facebook untuk mengata Janna Nick di mata awam. Adakah ianya untuk menumpang populariti…?
Berikut adalah perkongsian yang telah dibuat oleh Mohd Zailee:
Masa sekolah dulu dapat gred apa subjek Sejarah?
Untuk Janna Nick, sini Abang Zailee (kembar Tom Hardy) nak tanya. Masa sekolah dulu dapat gred apa subjek Sejarah? Okey tak payah jawab. Abang Zailee tak suka nilai orang berdasarkan gred SPM. Abang Zailee nak nilai berdasarkan minat. Minat subjek Sejarah tak? Konfem la tak.
Sebab tu Janna kena belajar. Janna tak tahu apa signifikan peristiwa Dunkirk Evacuation kepada sejarah Perancis dan England. Janna tak kisah pun sebab ia hanyalah sejarah. Benda dah lepas.
Janna tahu tak jarak dari pantai Dunkirk di Perancis tu kurang 40 kilometer dari England? England dan Perancis hanya dipisahkan oleh Selat Dover. Dari Dunkirk tu boleh nampak tau tanah England. Memang boleh jadi gila la kalau nampak satu benda tapi tak boleh dimiliki.
Tahu tak Selat Dover tu sebahagian dari Selat Inggeris? Tak tahu kan? Tak kenal ke dengan Abdul Malik Mydin, seorang rakyat Malaysia yang pernah catat rekod berenang merentas selat tu? Mesti tak tahu jugak kan? Haa ini pula namanya pengetahuan am dan subjek Geografi. Janna buat apa masa kelas Geografi dulu? Gigit pemadam dekat hujung pensil?
Benda simple macam ni pun Janna tak tahu, memang la Janna rasa cerita Dunkirk tu boring. Bila orang cakap filem Nolan untuk orang yang pandai-pandai aje, Janna marah. Padahal Janna memang bodoh pun.
Janna tahu tak lepas Jerman takluk negara Poland, terus British dan Perancis isytiharkan perang? Lepas tu British hantar askar untuk tolong Perancis? Tapi depa kalah sebab Jerman ni power macam Abang Zailee.
Dari kekalahan tu, askar Perancis dan British (British Expeditionary Force) terpaksa berundur hingga ke pantai Dunkirk. Lepas tu British kena fikir macam mana nak bawa balik 400,000 askar tu ke England semula. Tengah-tengah laut tu Jerman tak berhenti menyerang. Di darat pulak askar Jerman sedap kepung. Semua terkandas.
Haa pikir la macam mana nak bawak balik 400,000 tu. Empat ratus ribu. Bukan 400. Kalau 400, baik buat filem Bukit Kepong je. Mesti tak boleh pikir kan? Dan Janna pun tak tahu kan macam mana 400,000 askar tu berjaya dibawa balik akhirnya sebab Janna tidur tengah-tengah cerita. Besar sangat tidur Janna tu. Sebab tu Janna jadi bongok. Berlakon pun serupa kelkatu. Meliuk liuk macam terencat akal.
Sini abang cakap. Peristiwa Dunkirk ni untuk tunjuk bahawa tentera dan masyarakat awam memerlukan antara satu sama lain. Ini sisi berbeza yang jarang ditunjukkan dalam filem perang.
Bayangkan macam ni. Patutnya askar yang tolong orang awam. Tapi dari peristiwa ni orang awam yang tolong askar. Power kan? Macam Abang Zailee sekarang la, seorang angkasawan NASA yang cuba bantu artis macam Janna agar jadi bijak.
“Show but don’t tell.”
Mungkin yang sebabkan Janna bosan ialah babak pertarungan yang macam tu aje, visual yang bosan, ada 2,3 warna aje, extreme wide shot technique (yang diguna Chiu Keng Guan aje kat Malaysia ni), dialog minimal, dan gaya penceritaan yang macam mengelirukan. Sebab memang Nolan macam tu. Itu namanya “show but don’t tell.” Itu bahasa filem paling tinggi.
Nolan tak perlu letak dua watak lepas tu suruh ucap dialog yang berbunyi, “Ahmad Rayyan Rayqal Daniel Fakhrul Bin Tan Sri Aziz. Mama tak nak Rayyan berkawan dengan gadis kampung tu lagi!” Bwerkkkk. Kembang tekak aku.
Banyak lagi Abang Zailee nak cakap ni. Tapi dalam review nanti ajelah Abang Zailee cakap. Post ni Abang Zailee buat sebab nak bagi Janna faham aje kenapa ramai orang cakap Janna bodoh serupa wombat.
Sepanjang tengok cerita tadi tak berhenti Abang Zailee zikir dalam hati “Janna bodoh Janna bodoh” tau. Tak puas hati betul Abang Zailee. Geram je nak pijak-pijak muka Janna tu serupa kereta kebal Rusia pijak kota Berlin.
Yela yela. Jangan marah Abang Zailee. Abang Zailee tau minat masing-masing dan citarasa masing-masing. Semua orang ada minat masing-masing, ada citarasa masing-masing.
Bezanya antara minat benda bijak dengan minat benda bodoh aje. Bezanya citarasa tinggi dengan citarasa rendah je. Macam tu.
Kbye.
Hmm, bagi saya memang kita dapat membuat fahaman yang Mohd Zailee tidak begitu minat dengan Janna Nick. Bukan itu sahaja tetapi kritikan guru ini adalah sedikit kasar. Apakah pendapat anda tentang perkongsian guru ini?
The post Janna Nick Mengatakan Filem Dunkirk Tidak Menarik, Dikritik Oleh Seorang Guru di Facebook appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2tuiv2Y
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment