Home » , » [KOMUNITI] Ibu Tunggal Memerlukan Pengumpulan Dana Untuk Operasi yang Penting Pada Esok Hari

[KOMUNITI] Ibu Tunggal Memerlukan Pengumpulan Dana Untuk Operasi yang Penting Pada Esok Hari

shamsulazlan | 03:04 | 0 comments

Ianya bukan satu perkara yang mudah bagi seorang ibu tunggal untuk membesarkan anak-anaknya sendiri dengan usaha sendiri dan berharap suatu hari nanti dia dapat hidup dengan lebih baik setelah anak-anaknya dewasa.

Seorang wanita berusia 45 tahun yang berasal dari Penang, Tan Saw Kim yang merupakan ibu tunggal telah didiagnosis dengan kanser paru-paru pada Julai 2016. Keluarganya berpendapat bahawa keadaan kansernya dapat dikawal dengan ubat dan kemoterapi. Walau bagaimanapun, kesihatannya menjadi lebih teruk apabila dia didiagnosis dengan 5 tumor di otak kanannya yang menyebabkan dia dijangkiti dengan hydrocephalus yang serius.

Oleh itu, anak perempuannya, Yew Yee mencatatkan status di dalam kumpulan komuniti Facebook – KL Chat Group untuk menaikkan sumbangan untuk yuran ubat-ubatan serta sejumlah besar yuran operasi yang akan dilaksanakan pada 25 Julai, iaitu esok hari.

 

Tan Saw Kim mempunyai seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan yang bimbang dengan keadaan ibu mereka kerana mereka tidak dapat mengumpul dana yang cukup untuk menolong ibu. Inilah kad pengenalan Tan Saw Kim dan anak sulungnya, Teoh Teik Seng. Yew Yee juga menunjukkan sijil kelahiran Teik Seng dalam siarannya di Facebook.

Selain itu, ini adalah dokumen pengubatan rasmi Tan Saw Kim dari hospital. Seperti yang ditunjukkan dalam gambar, dia menderita kanser paru-paru dan dia berada di bawah rawatan perubatan kerana dia sedang menunggu jadualnya untuk menjalankan operasi segera.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Teoh Teik Seng di nombor 017-513 7268. Kepada pembaca yang berminat untuk memberi sumbangan kepada Tan Saw Kim, inilah butiran bank untuk anda. Untuk mengelakkan isu penipuan, penderma sila sila semak semula dengan nama akaun sebelum anda memindahkan atau bank dalam sebarang dana. Ini adalah satu-satunya akaun untuk mengumpul dana ubat untuk Tan Saw Kim.

Akaun Bank: MAYBANK 107321-018444
Pemilik Akaun Bank: TEOH TEIK SENG

Source: Facebook

The post [KOMUNITI] Ibu Tunggal Memerlukan Pengumpulan Dana Untuk Operasi yang Penting Pada Esok Hari appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2tThkK3
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger