Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa BN Selangor menzahirkan perkongsian kuasa mereka dengan merampas semula negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno dan menjalankan tugas Timbalan Presiden, berkata ini kerana PRU lalu jelas menunjukkan sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN semakin berkurangan manakala sokongan Melayu pula meningkat.
“Di Selangor kita hilang lapan kerusi, kerusi yang kita menang semuanya kerusi Umno… apa jadi dengan parti komponen?
“Jika dilihat statistik sokongan mengikut bangsa pada PRU lepas, dalam PRU-12 sokongan Melayu terhadap BN sebanyak 57.9 peratus, PRU-13 sebanyak 58.9 peratus manakala sokongan Cina pada PRU-12 ialah 29.8 peratus dan PRU-13 sebanyak 13.4 peratus, sementara India mencatatkan 36.3 peratus pada PRU-12 dan 34.4 peratus pada PRU-13.
“Kenapa ini berlaku? Selangor bukan hanya untuk Melayu tetapi juga untuk kaum Cina dan India maka parti komponen kita yang lain harus bersama-sama bekerja keras untuk rampas semula Selangor. Komponen BN harus ‘berjaga’ sekarang, jangan hanya bercakap sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Hulu Langat di Semenyih, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat Datuk Johan Abd Aziz.
Ahmad Zahid berkata adalah tidak wajar untuk BN Selangor terus membiarkan pembangkang menikmati hasil keringat mereka membangunkan negeri itu.
“Pembangunan, kemajuan dengan pelaburan asing termasuk peluang pekerjaan dibawa Umno dan BN sebelum mereka (pembangkang) memerintah… macam mana mereka baru dua penggal memerintah sudah kata mereka menyumbang 25 peratus Keluaran Dalam Negara kasar.
“Kita yang menebas, bercucuk tanam dan membajak tetapi hasilnya, buahnya diambil orang lain… bukan itu sahaja bahkan apabila hati dan minda rakyat kita tidak jaga kita seolah-olah menyediakan semuanya untuk pembangkang,” katanya lagi.
“Saya berjanji pada diri saya kalau Parlimen Hulu Langat dan DUN (dewan undangan negeri) yang kita kalah kita berjaya rampas semula saya janji pada diri saya, saya akan turun balik dan berikan peruntukan yang banyak,” katanya.
The post Zahid Hamidi : Apa Sudah Jadi Dengan Parti Komponen BN ? – Jangan Hanya Bercakap Sahaja appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2tRI6Cw
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment