AMPANG JAYA, SELANGOR - Dua wanita termasuk seorang wanita berusia 45 tahun dirogol dua lelaki sebelum disimbah dengan cecair peluntur, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 4 pagi pada 14 Julai yang lalu di Pandan Indah, kedua-dua mangsa yang merupakan pembantu taska dirogol oleh dua lelaki terbabit yang memecah masuk ke taska.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, dua suspek itu juga melarikan beberapa barangan milik mangsa.
"Mangsa dirogol dan disimbah dengan cecair peluntur yang kononnya untuk menghilangkan bukti sebelum suspek melarikan diri bersama televisyen dan telefon milik mangsa," katanya.
Fadzil berkata, hasil siasatan berjaya menahan seramai tujuh orang suspek warga tempatan yang berusia antara 27 hingga 45 tahun dalam serbuan yang dilakukan bermula jam 5 petang hingga jam 5 pagi tadi di sekitar Ampang Jaya.
"Semua suspek dibawa ke Mahkamah Ampang hari ini untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2tJ2YRm
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment