Home » , » 'Saya cuba tenangkan dia tetapi dia tetap bunyikan hon & tunjuk isyarat lucah' - Saksi buat laporan polis

'Saya cuba tenangkan dia tetapi dia tetap bunyikan hon & tunjuk isyarat lucah' - Saksi buat laporan polis

shamsulazlan | 04:49 | 0 comments

JOHOR BAHRU - Susulan kejadian seorang pemandu Toyota Camry dibelasah orang ramai, tersebar satu laporan polis yang dibuat oleh saksi kejadian dan sekali gus menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. 

Laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azlan Ab Salam, 29, di Balai Setia Indah, jam 3.52 petang tadi menjelaskan, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.45 petang semasa beliau sedang solat di Surau Austin Perdana, Jalan Austin Perdana 4, Taman Austin Perdana Johor. 

"Terdapat sebuah kereta jenis Toyota Camry nombor pendaftaran JNM5665 yang dinaiki dua lelaki dan seorang perempuan bertindak membunyikan hon secara berterusan kerana mahu menggerakkan kereta mereka. 

"Setelah selesai solat, saya keluar dari surau untuk menenangkan lelaki berkenaan dan memintanya menghormati orang Islam yang sedang membaca doa. 

"Namun lelaki berkenaan tetap membunyikan hon keretanya dan menunjukkan isyarat lucah kepada orang yang berada di surau. Pihak surau cuba memberi lelaki itu laluan untuk keluar dan beliau seperti tidak sabar, terus menekan pedal dan telah melanggar sebuah kereta yang lain berada di depannya. 


"Kemudian beliau bertindak mengundurkan keretanya secara mengejut dan telah melanggar seorang lelaki berumur lingkungan 50-an yang sedang melintas jalan. Dan terdapat beberapa lagi mangsa pelanggaran yang dilakukan oleh lelaki berkenaan yang berada di belakang keretanya," tulis Khairul dalam laporan polisnya itu. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2pNnBXn
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger