Home » , » Penerbangan AirAsia X Alami Golakan Teruk

Penerbangan AirAsia X Alami Golakan Teruk

shamsulazlan | 05:07 | 0 comments

Lima penumpang cedera selepas pesawat AirAsia X menghadapi golakan semasa dalam penerbangan dari Taipei ke Kuala Lumpur, semalam.

AirAsia X dalam satu kenyataan yang mengesahkan kejadian itu berkata penerbangan D7 377 itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antararbangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada pukul 4.30 pagi Khamis.

AirAsiaX berkata 11 kru dan 291 penumpang berada di dalam pesawat A330-300 itu.

“Lima penumpang yang cedera dirawat oleh anggota paramedik di lapangan terbang selepas pesawat itu mendarat. Kesemua penumpang lain diberi perhatian dan bantuan yang diperlukan oleh kakitangan syarikat di lapangan terbang,” katanya.

Sebuah video berdurasi 1.45 minit menunjukkan keadaan tegang dialami kru kabin apabila pesawat itu mengalami golakan, dimuat naik ke laman media sosial. – BERNAMA

The post Penerbangan AirAsia X Alami Golakan Teruk appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2qNwzmz
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger