Home » , » Muhyiddin terima kunjungan Premier Sarawak untuk bincang pembentukan Kerajaan Persekutuan, PN dijangka akan bergabung dengan BN semula

Muhyiddin terima kunjungan Premier Sarawak untuk bincang pembentukan Kerajaan Persekutuan, PN dijangka akan bergabung dengan BN semula

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments



Pengerusi Perikatan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau telah menerima kunjungan dari Premier Sarawak, Abang Johari pagi ini, sekali gus menguatkan lagi jangkaan bahawa PN akan bergabung dengan GPS untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. 


"Pagi ini saya menerima kunjungan YAB Tan Sri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak dan YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS untuk membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan. 


"Rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen bebas. InsyaAllah, Kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat," katanya menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi. 



Pada PRU15 yang baru berakhir semalam, PN menang 73 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) yang memenangi 82 kerusi. Manakala BN pula menang 30 kerusi, GPS 22 kerusi, GRS 6 kerusi dan 6 lagi kerusi lain dimenangi oleh bebas.


Penganalisis berkata, walaupun PN bergabung dengan GPS, GRS dan 6 kerusi Bebas, jumlah sokongan di Parlimen masih tidak mencukupi. PN tiada pilihan lain untuk bergabung dengan BN untuk mendapat sokongan yang padu. 


Malangnya, ramai penyokong PN yang menolak gabungan itu kembali berpegang tangan BN dan suara itu dinyatakan dengan jelas semalam ketika sidang media PN. Namun, Muhyiddin dilihat enggan menjawab. Sebaliknya hanya berkata, keputusan bergabung dengan mana-mana parti atau gabungan hanya akan ditentukan oleh kepimpinan parti.


Berbanding dengan PH yang akan mendapat jumlah sokongan Parlimen yang mencukupi sekiranya bergabung dengan GPS dan GRS tanpa perlu bergabung dengan BN. 


Adakah mandat rakyat akan dikhianati sekali lagi? Atau adakah kerajaan PN bergabung dengan BN akan mewujudkan kerajaan yang stabil? Apa pandangan anda?



from The Reporter https://ift.tt/tWKjNAn
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger