Timbalan Presiden PKR, Rafizi Rali mengingatkan orang ramai untuk tidak mendewakan ahli politik di negara ini, termasuklah mengamalkan amalan mencium tangan mereka.
Beliau berkata, amalan kuno dan feudal itu perlu dihapuskan kerana ahli politik ditugaskan bekerja untuk masyarakat dan tidak perlu diagungkan.
"Tolonglah jangan cium tangan ahli politik, kita semua banyak dosa. Entah-entah dosa rakyat lagi sikit daripada dosa menteri.
"Kita bayar menteri untuk buat kerja, yang kita pergi dewakan dia buat apa? Bukan dia buat kerja percuma. Cium tangan hanya untuk emak dan ayah kita sahaja," katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, semalam.
Selain itu, calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Pandan itu turut menyenaraikan lima lagi amalan yang perlu dibuang oleh semua parti dan ahli politik di negara ini.
Menteri, Ahli Parlimen dan wakil rakyat tidak sepatutnya mempunyai pengiring. Hanya Perdana Menteri dan Timbalannya sahaja yang layak berbuat demikian bagi tujuan keselamatan.
Amalan membawa beg ahli politik juga perlu dibuang. Keengganan seseorang ahli politik itu membawa beg sendiri menyebabkan golongan itu dilabelkan sebagai ahli politik pemalas.
"Eh? Tak boleh bawa beg sendiri ke? Berat sangat ke beg nak bawa? Bukan berat macam beg budak-budak sekolah pun. Kalau beg sendiri tak boleh bawa dan kena ada orang khas yang bawa, patutlah rakyat kata ahli politik pemalas.
"Ketiga, budaya sambut pemimpin. Boleh tak menteri kurangkan hadir ke majlis dan buat kerja, fikir macam mana nak menyelesaikan masalah negara.
"Tolong jangan habiskan duit rakyat dengan memasang papan iklan letak muka menteri. Iklan besar-besar (dengan wajah) menteri sengih, tetapi masalah tak selesai.
"Kalau setuju dengan misi hapus budaya bodek ini, kita kongsi ramai-ramai. Mesti ramai ahli politik jaki dengan saya," katanya.
Tinjauan di ruangan komen, netizen bersetuju dengan pandangan Rafizi dan berharap semua ahli politik menerima teguran itu secara terbuka.
"Betul! Wakil rakyat buat kerja untuk rakyat. Sudahlah gaji mereka dibayar oleh rakyat. Ini tidak, pergi sakau lagi duit rakyat!" kata Aroma.
"Itulah, kalau beg sendiri pun tak larat nak bawa, manalah larat untuk membantu rakyat," kata Reese.
Sumber: Facebook Rafizi Ramli
from The Reporter https://ift.tt/dMU6NfQ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment