Bekas perdana menteri, Najib Razak berasa kesal dengan dakwaan yang mengatakan dia akan dibebaskan segera melalui pengampunan diraja jika Barisan Nasional (BN) menang PRU15.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, anak guamnya menafikan dakwaan itu dan hanya mahu dibebaskan melalui proses kehakiman di mahkamah bagi membuktikan integriti dan legasinya.
"Anak guaman kami sangat kecewa terhadap penggunaan namanya dalam propaganda politik tidak berasas biarpun sudah dipenjarakan.
"Najib yakin peluang beliau untuk dibebaskan dari penjara adalah melalui permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan sejajar dengan Peraturan 137 dan Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995," katanya.
Najib masih kekal dengan pengakuan tidak bersalah dan tidak pernah menggunakan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd untuk kegunaan dirinya dan meminta atau ditawarkan seperti mana yang didakwa dalam perbicaraan.
Najib juga tidak pernah dan tidak akan meminta semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya digugurkan tanpa melalui proses kehakiman yang adil dan seimbang.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan bahawa semua barangan bekas perdana menteri itu yang disita pada 2018 bukan hasil dari aktiviti haram. Tetapi hadiah yang diberi kepada Najib dan keluarganya oleh orang kenamaan, ahli keluarga dan rakan-rakan.
Justeru, Najib menggesa mana-mana seteru politiknya tidak menggunakan namanya bagi tujuan propaganda politik.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/VgsY4W6
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment