Seorang wanita di North Caroline berusia 22 tahun maut ditembak 17 kali di depan mata datuk, nenek, dan anak perempuannya berusia dua tahun, selepas anggota polis bertindak balas terhadap panggilan kecemasan yang melaporkan kemungkinan berlaku kes pecah rumah.
Mangsa, Jada Johnson juga disahkan positif dadah pada waktu kejadian pada 1 Julai lalu, menurut laporan bedah siasatan dan toksikologi yang dikeluarkan pada Selasa.
Salah satu peluru dilaporkan telah menembusi bahagian kanan kepala mangsa, menyebabkan kulit kepalanya cedera, otak dan tengkoraknya, dedah laporan itu. Selain itu dia turut mngalami beberapa kesan luka tembakan di lengan kanan, lengnan kiri, bahu, pinggul dan badan kanannya.
Laporan tersebut mengesahkan bahawa Johnson mati akibat dibunuh.
Laporan toksikologi turut mendedahkan Johnson berada di bawah pengaruh 0.32 mg dadah jenis methamphetamine dan memiliki pil yang tidak diketahui jenisnya yang ditemui dalam beg plastik dalam dirinya.
Mengikut kronologi kejadian, pada jam 10 malam 1 Julai 2022, anggota polis Fayetteville tiba di rumah tersebut yang terletak di Colgate Drive.
Anggota polis dimaklumkan bahawa berkemungkinan rumah itu baru saja dipecah masuk oleh penjenayah.
Datuk mangsa, Rick Iwanski memaklumkan, cucunya menghidap penyakit mental dan baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital selepas mengalami krisis kesihatan mental.
"Johnson fikir mereka (anggota polis) berada di sini untuk membunuhnya dan akhirnya mereka betul-betul membunuh cucu saya di depan mata kami," katanya yang kecewa.
Jelas Iwanski lagi, Johnson cuba memulihkan dirinya selepas hubungannya bersama teman lelaki mengalami masalah. Pada malam kejadian, cucunya percaya bekas teman lelakinya cuba masuk ke dalam rumah itu untuk membunuhnya.
"Dia fikir bekas teman lelakinya datang untuk membunuhnya," katanya.
Bagaimanapun, anggota polis yang berada di lokasi menganggap sebaliknya dan terus menahan dan memukul Johnson, manakala seorang lagi rakan setugasnya menembak Johnson beberapa kali di hadapan keluarganya. Pistol dipegang Johnson dirampas dalam pergelutan menyebabkan beberapa das tembakan dilepaskan.
Selepas kejadian itu, anggota Polis Zacharius Borom dan Sarjan Timothy Rugg telah diberi cuti bergaji sementara siasatan sedang dijalankan.
Tetapi Iwanski mempertikaikan pihak polis dan menegaskan dua anggota terbabit tidak diancam secara lisan dan pistol yang dipegang anaknya ketika itu juga sudah dilepaskan dan tiada keperluan untuk menangani kes itu menggunakan kekerasan yang berhubung dengan kematian Johnson.
Sementara itu, Penolong Ketua Pilis, James Nolette dari Jabatan Polis Fayetteville berkata, dua anggotanya sudah cuba memujuk Johnson lebih dari sejam, untuk meletakkan senjata.
Polis menyerahkan kes itu kepada Biro Siasatan Negeri Caroline Utara untuk siasatan lanjut.
Siasatan Biro Siasatan Negeri pula mendedahkan, Sarjan Rugg cuba melucutkan senjata Johnson ketika mangsa pergi minum air sambil memegang pistolnya di bawah lengan dan berlaku beberapa siri pergelutan di antara mereka.
Sekali lagi, Iwanski menegaskan tiada sebarang pergelutan yang berlaku ketika itu.
Anggota Polis Borom pula didedahkan melepaskan tembakan dan membunuh Johnson yang didapati cuba melarikan diri dari Sarjan Rugg.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/arvXQ26
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment