Ketua Amanah Kota Bharu, Husam Musa berpendapat, Barisan Nasional (BN) wajar mengambil kira beberapa perkara sebelum bersetuju bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.
"Malaysia kini tidak memiliki gabungan tunggal membentuk kerajaan. Ibarat tembikar mahal yang retak, memerlukan keterbukaan dan kemahiran pemimpin memberi bentuk baru yang bernilai.
"PH memiliki 82 kerusi, ia wajar diberi tugas sebagai tonggak pemerintahan. Selari dengan hasrat teratas pengundi Malaysia berdasarkan bilangan kerusi.
"UMNO/BN mempunyai 30 kerusi. Gabungan keduanya sudah menghasilkan majoriti mudah. Kemasukan UMNO boleh meredakan kebimbangan tentang dominasi DAP dengan tambahan MP Melayu dari UMNO. Sekali dua gabungan ini bersama, insyaAllah parti lain akan bersama," katanya.
Selain itu, UMNO/BN perlu ambil kira:
- Muhyiddin pernah isytihar UMNO/BN musuh utama PN. Ismail Sabri pula menganggap ada menteri dari PN ibarat menikam belakang beliau.
- Pembentukan kuasa lebih mudah antara dua parti sahaja. Kabinet boleh dikecilkan. Kedudukan BN lebih diraikan berbanding PN dan gabungan lain yang lebih rencam dan rumit. BN tidak akan menerima komposisi besar dalam kabinet PN kerana banyak komponen.
- Jajaran kuasa PH dan BN tidak bertembung dalam kawasan pilihan raya berbanding dengan PN, Pas dan Bersatu akan halang kebangkitan BN.
- Kerajaan Pahang dan Perak dapat dibentuk dengan mudah antara PH dan BN.
- UMNO sendiri kena bersedia membina imej dan jati diri baru yang lebih diterima rakyat.
Menurut Husam usaha gabungan ini umpama konsep Jepun – KINTSUGI – atau Tampalan Emas/Golden Jointnery beberapa tahun yang lalu.
Ia sesuatu yang berharga yang pecah, ditampal dengan ‘tampalan emas’ untuk menghasilkan sesuatu yang lebih berharga.
Sumber: Husam Musa
from The Reporter https://ift.tt/3PDtxVh
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment