Home » , » Benarkan video provokasi 13 Mei berbayar disiarkan, SKMM panggil TikTok beri penjelasan

Benarkan video provokasi 13 Mei berbayar disiarkan, SKMM panggil TikTok beri penjelasan

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments



MalaysiaKini semalam melaporkan ada beberapa video yang memberi amaran berulangnya rusuhan 13 Mei 1969 tular di platform TikTok dengan label 'paid partnership' (perkongsian berbayar). 


Jurucakap TikTok bagaimanapun tampil memaklumkan pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada video tersebut ditaja oleh ahli politik atau sebaliknya. TikTok juga tidak mahu mendedahkan jumlah video yang sebenarnya telah dibayar. 


Umum mengetahui video mengenai 13 Mei 1969 banyak dimuat naik di TikTok selepas tamat PRU15 yang dipercayai dimuat naik oleh pentaksub politik dalam cubaan menakut-nakutkan rakyat kerana enggan melihat Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai oleh DAP, membentuk Kerajaan Persekutuan. 


Susulan daripada laporan berita itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil pihak pengurusan TikTok untuk memberi penjelasan mengenai perkara itu. 


SKMM menegaskan, penyebaran kandungan berbaur provokasi seperti itu boleh mencetuskan ketidakharmonian, kebencian dan lain-lain adalah merupakan satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (AKta 574). 


Individu yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.



Sementara itu di media sosial, netizen menggesa pihak berkuasa menahan dan mengambil tindakan tegas terhadap pengguna TikTok yang menerima bayaran untuk menyiarkan video berbaur perkauman. 


"Kerosakan besar telah berlaku. Macam mana nak pulihkan? Content creator perlu minta maaf secara terbuka dan ceritakan perkara sebenar," kata Kamarul. 


"Yang buat iklan tu tak diambil tindakan ke? Takkan setakat ban saja? Terang-terang ada niat jahat sampai bayar TikTok," kata BPA. 


"Aku nak post video pasal syarikat scammer, terus TikTok delete. Up video yang boleh membawa kepada hasutan mengancam keamanan negara, bersepah-sepah TikTok bagi lepas. Bongok!" kata Hana Samsudin. 


"Padan muka TikTok Malaysia. Serah tengkuk lagi. Aku nak tengok siapa yang musibat sangat perangai sebarkan video itu. Content Creator confirm tak berani keluar. Tunggu kena kutip dengan polis," kata Fellix.


Sumber: MalaysiaKini, Twitter Rasmi SKMM



from The Reporter https://ift.tt/tpe7ynH
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger