Home » , » 'Mereka tak tahu apa yang saya rasa' - Ibu mangsa basikal lajak berhenti membuat biskut & memasak, selalu teringat arwah anak

'Mereka tak tahu apa yang saya rasa' - Ibu mangsa basikal lajak berhenti membuat biskut & memasak, selalu teringat arwah anak

shamsulazlan | 01:22 | 0 comments



Shabariah Yusoff, ibu kepada Allahyarham Mohamad Azhar Amir, 16, yang maut dalam kemalangan bersama tujuh rakannya ketika bermain basikal lajak di lebuh raya pada jam 3 pagi, 2017, meminta orang ramai menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap Sam Ke Ting kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. 


Ibu tunggal kepada sembilan anak itu juga merayu netizen berhenti dari terus melemparkan kritikan terhadap keluarga-keluarga mangsa sehingga anak-anak menghalangnya dari melayari media sosial yang dipenuhi dengan komen-komen negatif. 


"Sebagai seorang ibu yang kehilangan anaknya, saya berasa sakit. Mereka yang mengkritik saya tidak tahu bagaimana rasanya berada di tempat saya. 


"Sejak kemalangan pada 2017, keluarga saya dan keluarga mangsa lain menerima banyak kritikan daripada orang ramai terutama netizen kerana membiarkan anak kami keluar berbasikal di tengah malam. 


"Saya difahamkan, pemandu wanita itu (Sam Ke Ting) juga menerima banyak kecaman orang ramai. Saya harap orang ramai dapat menghormati keputusan Mahkamah Tinggi," katanya memetik laporan dari The Star. 


Shabariah mengakui, sejak kehilangan anak lelakinya yang paling manja itu, dia berhenti membuat biskut dan tidak lagi memasak asam pedas kegemaran arwah kerana sering teringat kepadanya. 


"Dialah yang paling rapat dengan saya dan paling manja antara semua anak saya. Sebelum Hari Raya setiap tahun, dia menemani saya ketika saya pergi membeli-belah dan menjadi pembantu saya ketika membakar kuih raya. 


"Selepas kematiannya, saya berhenti membuat biskut dan tidak lagi memasak kerana apabila saya membuat masakan asam pedas kegemarannya, saya teringat kepadanya.


"Dengan dorongan daripada kakak sulung saya di Kelantan dan anak-anak saya yang lain, saya perlahan-lahan mula menerima kematian anak saya dan saya bercadang untuk berhenti mengenang masa lalu," ujarnya. 


Rabu lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru menjatuhkan hukuman enam tahun penjara dan denda RM6,000 terhadap Sam Ke Ting atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja di Jalan Circle Dalam pada jam 3.20 pagi, 18 Februari 2017. 


Sumber: The Star



from The Reporter https://ift.tt/Gwic9Jz
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger