Tular di media sosial video menunjukkan tangan seorang lelaki merayap ke ruang solat jemaah muslimah dan hampir saja tersentuh seorang wanita di ruang tersebut.
Tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian, namun individu yang memuat naik video tersebut, Zuhaila Zainal, menasihatkan golongan wanita berhati-hati walau di mana-mana pun mereka berada.
"Di mana-mana pun kita berada, berhati-hatilah para wanita. By the way, dari kecil dah pergi ke masjid ini. Tak ada pun spesis seperti ini. Ini kali pertama berlaku," tulisnya.
@zuhailazainal dimana mana pun kita berada , berhati2 lah para wanita #fypシ ♬ original sound - mrsintrovert - ex?introvert
Video itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang meluahkan rasa kesal perkara seperti itu boleh berlaku dalam tempat beribadah.
"Dalam masjid, tempat orang beribadh pun diorang berani buat benda terkutuk," kata netizen.
Sementara itu, ada juga yang berpendapat pihak masjid sepatutnya menggunakan penghadang yang lebih kukuh berbanding langsir bagi menjaga keselamatan jemaah muslimah.
"Masjid kalau AJK-nya betul-betul function, mereka tak belanja duit tabung buat pintu gerbang atau kipas helikopter sebelum mereka buat benda ini dulu untuk keselesaan dan keselamatan jemaah muslimah. Dah 2022, masih pakai langsir?" kata Katjang.
@zuhailazainal Reply to @moshimoshi732 btw dari kecik pergi masjid ni, takda pun spesis macamni .. first time muncul ja ni. #fypシ ♬ original sound - ex?introvert
Tidak kurang juga yang mempersoalkan, mengapa perakam tidak bertindak menegur perbuatan lelaki terbabit.
"Mungkin perlu ada akta boleh bawa kapak pergi masjid/surau nowadays. Nampak tangan-tangan macam tu, terus kapakkan je," kata Fendy.
"Kalau aku, aku terus angkat langsir tu dan tanya kuat-kuat. 'Encik dari tadi meraba-raba karpet bahagian muslimah nak cari apa?!'," kata Sononaz.
Sumber: TikTok Zuhaila Zainal
from The Reporter https://ift.tt/HiTrAMe
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment