Home » , » 'Kepalanya dalam longkang bertakung air' - Budak perempuan maut tercampak keluar dari kereta

'Kepalanya dalam longkang bertakung air' - Budak perempuan maut tercampak keluar dari kereta

shamsulazlan | 23:23 | 0 comments
Foto ihsan netizen


8 April, seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan maut dalam kemalangan selepas kereta yang dipandu ibunya terbabas di Kilometer 79 Jalan Gua Musang - Lojing. 


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian itu berlaku pada jam 12.30 tengah hari dan mangsa, Tuan Nur Amani Tuan Khairul Azhar meninggal dunia pada jam 3.15 petang ketika dirawat di Klinik Pos Brooke. 


Siasatan awal mendapati, ibu mangsa berusia 32 tahun sebelum itu sedang memandu kereta jenis Perodua Alza dari Tanah Rata, Cameron Highlands menghala ke Kengkong Pos Brooke. 


Tiba di lokasi kejadian, suri rumah itu dipercayai mengantuk menyebabkan kereta yang dinaiki empat beranak itu terbabas ke bahagian kiri jalan sebelum masuk ke dalam longkang.


Kemalangan itu menyebabkan mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang tercampak keluar dari kenderaan. 


Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan kepalanya di dalam longkang yang bertakung air. Kesemua mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Klinik Pos Brooke untuk mendapatkan rawatan. 


Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas tiga jam kemudian dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan JAlan 1987. 


Sumber: Harian Metro, Kosmo



from The Reporter https://ift.tt/z4yY3gr
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger